Berita Harian

Dua beradik yatim piatu, ibu bapa korban nahas

Anak, menantu maut kereta bertembung

- Oleh Muhamaad Razis Ismail

Dua kenderaan remuk teruk dalam nahas yang mengorbank­an Mohd Sazarim Mat Nawi, 31 dan isteri, Nur Aniisa Ismail, 27 di Jalan Salor Baru ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas awal pagi semalam.

“Cucu saya kini yatim piatu, bagaimana saya nak beritahu mereka?”

Mat Nawi Salleh, 62, bagai kehilangan kata mengenang nahas yang meragut nyawa anaknya, Mohd Sazarim Mat Nawi, 31, bersama isteri, Nur Aniisa Ismail, 27, dalam kemalangan di Jalan Salor Baru di sini, awal pagi semalam.

Pasangan itu meninggalk­an dua anak, Muhamad Anas Akil, 11 bulan, dan abangnya, Muhamad Amin Syahiran, 4.

Nur Aniisa dikatakan hamil anak ketiga.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, PERODUA Kancil dinaiki pasangan itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas dipercayai gagal dikawal sebelum bertembung dengan PROTON Waja.

Pemandu PROTON Waja berusia 44 tahun yang cedera dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan.

Pasangan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi bedah siasat, sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bendang Pauh, Pasir Mas.

Ambil bekalan sayur

Mat Nawi berkata, anak dan menantu yang tinggal bersamanya di Kampung Sat Hulu, Tanah Merah, keluar rumah pada jam 1 pagi untuk mengambil bekalan sayur di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini.

“Kedua-dua anak mereka tidur di rumah. Saya dapat tahu mengenai kemalangan itu oleh anak saudara pada jam 4.30 pagi sebelum bergegas ke hospital.

“Sebaik tiba, saya dimaklumka­n anak dan menantu sudah meninggal dunia.

“Saya akan mengambil alih tanggungja­wab menjaga cucu selepas ini,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HUSM, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata PERODUA Kancil berkenaan dipercayai gagal dikawal lalu terbabas ke laluan bertentang­an, sebelum bertembung kereta PROTON Waja dari arah Pasir Mas.

“Perlanggar­an menyebabka­n pemandu Kancil tersepit manakala penumpangn­ya tercampak keluar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ??
[FOTO IHSAN PEMBACA]
 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ??
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH]
 ??  ?? Kereta dinaiki Mohd Sazarim dan Nur Aniisa remuk dalam kemalangan di Jalan Salor Baru di Kota Bharu, awal pagi semalam. Mangsa meninggalk­an dua anak yang masih kecil.
Kereta dinaiki Mohd Sazarim dan Nur Aniisa remuk dalam kemalangan di Jalan Salor Baru di Kota Bharu, awal pagi semalam. Mangsa meninggalk­an dua anak yang masih kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia