Berita Harian

Mourinho tak peduli

United mula rasa tekanan hadapi Sevilla

- Manchester

Kebanyakan kelab mungkin gembira berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL), melangkah ke suku akhir Piala FA dan hampir menyertai kelompok lapan terbaik Liga Juara-juara.

Namun Jose Mourinho menyedari bahawa seorang pengurus Manchester United bukan saja perlu menghadapi persoalan mengenai keputusan perlawanan tetapi bagaimana ia diperoleh.

“Jika orang anggap kami tidak layak, saya tidak peduli,” kata Mourinho selepas United menewaskan Liverpool 2-1 Sabtu lalu meskipun memiliki penguasaan 32 peratus.

Masalah buat Mourinho kini bukan saja membabitka­n tradisi United yang sentiasa mencatat kemenangan ketika berada di hadapan di bawah kendalian pengurus hebat seperti Matt Busby dan Alex Ferguson yang menjuarai Liga Juara-juara, malah United bukan lagi pasukan terbaik di Manchester.

Manchester City mendahului 13 mata di puncak EPL dengan kelebihan satu perlawanan.

Gaya bola sepak menarik

Selain itu, gaya bola sepak menarik yang ditampilka­n seteru lamanya, Pep Guardiola adalah seumpama permainan yang pernah disaksikan penyokong United sebelum ini berbanding taktik yang diketengah­kan Mourinho.

Penyokong Chelsea mendendang­kan bekas pengurus mereka dengan sorakan ‘bandar anda biru seperti London’ ketika berkunjung ke Old Trafford bulan lalu.

“Ini bukan skuad United yang vintaj, malah ia tidak seteruk apa yang diperkatak­an pengkritik,” kata editor majalah United We Stand, Andy Mitten.

“Hanya kerana City menikmati musim penuh kejayaan tidak bermakna musim United perlu menjadi malapetaka.”

Bagaimanap­un dengan City semakin hampir untuk menjulang kejuaraan dan menempah tiket ke suku akhir Liga Juarajuara, tekanan mula dirasai United yang bakal menentang Sevilla awal pagi Rabu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia