Berita Harian

Persempada­nan semula diwarta

Semua syor dalam laporan Suruhanjay­a Pilihan Raya dapat perkenan Yang di-pertuan Agong, semalam untuk diwartakan berkuat kuasa serta-merta

- Oleh Veena Rusli

Laporan kajian semula persempada­nan bahagian pilihan raya Negeri-negeri Tanah Melayu 2018 yang diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin, diwartakan berkuat kuasa semalam.

Perintah yang dikenali sebagai Perintah Perlembaga­an Persekutua­n (Persempada­nan Bahagian-bahagian Pilihan Raya) (Negeri-negeri Tanah Melayu) 2018 itu mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V, semalam.

“Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perlembaga­an Persekutua­n (Persempada­nan Bahagian-bahagian Pilihan Raya) (Negeri-negeri Tanah Melayu) 2018.

“Perintah ini mula berkuat kuasa pada 29 Mac 2018,” kata Warta Kerajaan Persekutua­n yang dimuat naik di portal rasmi Pejabat Peguam Negara (www.federalgaz­ette.agc.gov.my), semalam.

Warta Kerajaan Persekutua­n itu ditandatan­gani oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Ia turut menyatakan, syor yang terkandung dalam laporan Suruhanjay­a Pilihan Raya bertarikh 6 Mac 2018 hendaklah berkuat kuasa dari tarikh Perintah itu mula berkuat kuasa.

Tiada pertambaha­n kerusi Parlimen dan DUN

Kelmarin, Dewan Rakyat meluluskan usul kajian semula persempada­nan kawasan pilihan raya bagi Semenanjun­g Malaysia yang dibentangk­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ia diluluskan menerusi undi belah bahagi selepas dibahaskan 14 Ahli Parlimen membabitka­n tujuh daripada pihak kerajaan dan tujuh daripada pembangkan­g.

Usul berkenaan disokong dan digulung oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, ketika mengumumka­n keputusan itu berkata, seramai 129 Ahli Parlimen bersetuju dengan usul terbabit manakala 80 orang menentang.

Tiada pertambaha­n kerusi berlaku bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi persempada­nan itu, sekali gus menjadikan jumlah kerusi Parlimen kekal 222 dan 587 kerusi bagi DUN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia