Berita Harian

NELAYAN GEMBIRA DAPAT RUMAH SELESA

Nelayan terharu dapat rumah lebih selesa dilengkapi kemudahan

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Nor Farhani Che Ad

Perkataan mungkin tidak cukup untuk menzahirka­n rasa gembira dan terharu nelayan di sini apabila impian mereka untuk memiliki kediaman lebih selesa akhirnya tercapai menerusi projek Perumahan Nelayan Muafakat Kedah, Tanjung Dawai.

Kebanyakan nelayan yang selama ini menyewa kediaman yang serba kekurangan, mula berpindah ke rumah satu tingkat berkeluasa­n 65 meter persegi dengan bayaran hanya RM150 sebulan selama 30 tahun, sejak awal tahun ini.

Bukan itu sahaja, kawasan penempatan semula nelayan cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, surau, tadika, gelanggang futsal, taman permainan, rumah kedai selain pencawang elektrik, rumah pam dan tangki air.

Nelayan, Mahadzir Hamid, 44, berkata sebelum ini dia menyewa rumah papan di Kampung Nelayan dengan bayaran RM120 sebulan.

Katanya, dia bersyukur kerana impiannya selama ini untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya tertunai dan dapat tinggal di rumah baharu yang lebih selesa.

“Sewaktu mengetahui projek ini, tanpa berfikir panjang saya terus memohon dan Alhamdulil­lah permohonan diluluskan,” katanya.

Mahadzir berkata, tidak pernah terlintas dalam fikirannya dapat memiliki kediaman sendiri yang begitu selesa untuk isteri, Zuliana Mohd Hashim, 32, dan empat anak mereka.

Mahadzir berkata, dia amat berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu golongan nelayan sepertinya.

Bagi Abdul Rashid Arifin, 53, pula dia sudah lama berhajat untuk memiliki kediaman sendiri dan tidak menyangka impian itu akhirnya kini tercapai.

Sebelum ini Abdul Rashid menyewa rumah satu bilik di Kampung Huma bersama isteri, Ausri

Sewaktu mengetahui projek ini, tanpa berfikir panjang saya terus memohon dan Alhamdulil­lah permohonan diluluskan” Mahadzir Hamid, Nelayan

Awang, 55, dan anak-anak.

“Saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Kerajaan Pusat dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kerana akhirnya kami mempunyai kediaman sendiri yang lebih selesa dan lebih luas,” katanya.

Tugas semakin mudah

Bagi nelayan di projek perumahan itu, turun ke laut menjalanka­n tugas mereka kini menjadi semakin mudah kerana kawasan perumahan itu dekat muara sungai.

Seorang lagi nelayan, Ismail Hamid, 68, berkata rumah baharu itu sangat selesa berbanding rumah lamanya yang dibina sendiri dengan menumpang di tanah rakan.

“Atas belas ihsan rakan yang membenarka­n saya menggunaka­n sedikit tanahnya itulah saya membina rumah kami yang kecil.

“Namun, kini tidak lagi apabila tinggal di rumah baharu ini yang sangat selesa dan boleh diwariskan kepada anak apabila saya tiada nanti,” katanya.

Perumahan Nelayan Muafakat Kedah itu adalah projek perintis kepada 12 lagi projek seumpamany­a di seluruh negara, di mana pemilik rumah hanya perlu membayar RM150 sebulan selama 30 tahun berbanding kos sebenar RM59,000.

Najib ketika merasmikan kawasan perumahan itu baru-baru ini turut mengumumka­n peruntukan RM222 juta bagi mengatasi masalah bekalan air di beberapa kawasan dalam Parlimen Merbok termasuk projek menaik taraf Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Tanjung Dawai.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata setakat ini, 207 keluarga nelayan sudah memulakan kehidupan baharu di Perumahan Nelayan Muafakat, Tanjung Dawai.

Tajul yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, pihaknya bersama LKIM sedang menjalanka­n pemilihan bagi fasa akhir mengisi 93 lagi kekosongan di perumahan itu.

Beliau berkata, bagi fasa akhir itu, peluang akan dibuka kepada pemohon yang sebelum ini gagal kerana tidak memenuhi syarat.

 ??  ??
 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Perumahan Nelayan Muafakat Kedah yang selesa di Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Perumahan Nelayan Muafakat Kedah yang selesa di Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia