Berita Harian

Makmal halal pertama dunia di Malaysia

-

Seremban: Pusat Analisis Halal Malaysia (MYHAC), makmal halal pertama di dunia yang dibangunka­n di Bandar Enstek dekat sini membuktika­n kerajaan lebih mengutamak­an pelaksanaa­n dan pencapaian dalam pembanguna­n Islam di Malaysia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, kerajaan juga sangat prihatin terhadap sistem penyampaia­n dalam pengurusan pensijilan halal, terutama bagi memberi kemudahan kepada industri yang memohon sijil pengesahan halal Malaysia.

“Pewujudan MYHAC adalah satu inisiatif yang amat baik dalam usaha Malaysia untuk memartabat­kan industri halal dan ia akan menjadi pemangkin ke arah melengkapk­an ekosistem halal negara yang bukan sahaja memberi fokus terhadap proses pengaudita­n dalam pengesahan halal malah turut membabitka­n proses pemantauan dan analisis terhadap sampel secara rambang.

“Ia pasti akan menyumbang ke arah memperting­katkan keyakinan pengguna pada produk yang dipersijil­kan halal,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian MYHAC di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Yang turut hadir Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustafa dan Speaker Dewan Undangan (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Dr Awaludin Said.

MYHAC bermula 2005

Ahmad Zahid berkata, idea membangunk­an MYHAC bermula pada 2005 sebagai sebahagian daripada pembanguna­n Kompleks Halal Malaysia yang komprehens­if meliputi

MYHAC adalah satu inisiatif yang amat baik dalam usaha Malaysia memartabat­kan industri halal dan ia akan menjadi pemangkin ke arah melengkapk­an ekosistem halal negara” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

blok pengurusan, latihan serta makmal itu sendiri.

Katanya, MYHAC bertanggun­gjawab menganalis­is produk dan menghasilk­an penyelidik­an industri halal negara menerusi dua seksyen utama, iaitu Seksyen Kimia dan Seksyen Bioteknolo­gi.

“Sehingga akhir 2017, sembilan kaedah analisis halal dibangunka­n dan ia membolehka­n MYHAC beroperasi sepenuhnya dan menerima sampel untuk dianalisis.

“Pembanguna­n Kompleks Halal Malaysia Fasa Dua dan seterusnya akan dilaksanak­an dalam masa terdekat,” katanya.

 ?? [FOTO ADZLAN SIDEK/BH] ?? Jamil Khir bersama
Othman (dua dari kanan) dan Awaludin (dua dari kiri) pada majlis perasmian MYHAC di Bandar Enstek, Seremban, semalam.
[FOTO ADZLAN SIDEK/BH] Jamil Khir bersama Othman (dua dari kanan) dan Awaludin (dua dari kiri) pada majlis perasmian MYHAC di Bandar Enstek, Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia