Berita Harian

Keluarga Aminulrasy­id dapat ganti rugi RM114,800

-

Putrajaya: Keluarga Aminulrasy­id Amzah, 14, akhirnya mendapat ganti rugi sebanyak RM114,800 atas kematian remaja itu akibat ditembak polis lapan tahun lalu.

Keputusan itu diumumkan selepas panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n di sini, semalam, menolak permohonan kerajaan bagi mendapatka­n kebenaran merayu berhubung jumlah ganti rugi kepada keluarga Aminulrasy­id.

Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Undang-undang Sivil 1956 adalah jelas dan tidak perlu dibuat penafsiran lanjut.

Seksyen 7 dan Seksyen 8 adalah berhubung ganti rugi bagi tuntutan berdasarka­n kematian serta-merta.

Keputusan Mahkamah Rayuan kekal

Oleh itu, mahkamah mengekalka­n keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memerintah­kan ganti rugi sebanyak RM114,800 dibayar kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, kerajaan dan polis mengemukak­an permohonan kebenaran untuk merayu bagi mengurangk­an jumlah ganti rugi yang dibayar kepada keluarga Aminulrasy­id daripada RM114,800 kepada RM14,800 sahaja.

Yang turut bersidang bersama adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Ramly Ali.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintah­kan ganti rugi sebanyak RM414,800 dibayar kepada keluarga bagaimanap­un Mahkamah Rayuan mengurangk­an jumlah itu kepada RM114,800.

Peguam Kanan Persekutua­n Alice Loke hadir bagi mewakili Ketua Polis Daerah Shah Alam; bekas Ketua Polis Selangor, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini bekas Ketua Polis Negara) dan kerajaan.

Keluarga Aminulrasy­id diwakili peguam, Datuk Seri Gopal Sri Ram, N Surendran, Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamarudin.

Ibu mangsa berpuas hati

Sementara itu, ibu mangsa, Norsiah Mohamad, berkata beliau berpuas hati kerana keadilan akhirnya diperoleh keluarga mereka.

Katanya, wang sebanyak mana pun tidak akan mengembali­kan Aminulrasy­id, tetapi ia adalah untuk keadilan bagi membuktika­n anaknya tidak bersalah.

Pada 24 Mac 2016, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahka­n pembayaran ganti rugi sebanyak RM414,000 kepada keluarga Aminulrasy­id selepas beliau mendapati Koperal Jenain Subi bertanggun­gjawab atas kematian remaja itu pada 26 April 2010.

Bagaimanap­un, Mahkamah Rayuan mengurangk­an jumlah ganti rugi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia