Berita Harian

FDI bukan untuk jual kedaulatan negara: Najib

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata, Pelaburan Langsung Asing (FDI) di negara ini bukan langkah untuk menjual kedaulatan negara.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya kehadiran pelabur asing ke negara ini kerana mereka tertarik dengan ekosistem dan kemampuan bakat Malaysia untuk berada dalam barisan hadapan menghadapi Revolusi Industri 4.0 dan era digital.

Katanya, FDI ke negara ini juga bukti bahawa negara berada dalam laluan yang betul.

“(Kehadiran pelabur) ini juga jelas bertentang­an dengan manifesto pembangkan­g, yang mana barubaru ini Firma Penarafan Antarabang­sa, Fitch Rating menyatakan langkah pembangkan­g itu boleh melemahkan persekitar­an perniagaan dan membawa kemudarata­n kepada Malaysia.

“Ini juga bertentang­an dengan kenyataan ‘orang tua’ berumur 90an (nonagenari­an) (berhubung FDI,)” katanya berucap pada Majlis Perasmian Program Bakat Global Malaysia (MGT) sempena Program Tahunan Menteri Investkl di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed;

Sebaliknya kehadiran pelabur asing ke negara ini kerana mereka tertarik dengan ekosistem dan kemampuan bakat Malaysia” Najib Razak, Perdana Menteri

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Tarik pelabur asing

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menuduh usaha pelaburan dan hubungan perdaganga­n Malaysia dengan China adalah seperti menjual kedaulatan negara.

Najib berkata pelaburan syarikat multinasio­nal ke negara ini datang daripada pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, China dan Jepun membabitka­n sektor minyak dan gas, kejurutera­an dan pembinaan, aeroangkas­a, peruncitan dan produk industri.

Katanya, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melalui Investkl terus memainkan peranan mereka menarik pelabur asing ke negara ini.

“Terkini, 73 syarikat multinasio­nal utama dengan nilai pelaburan RM11 bilion sudah menyatakan komitmen masing-masing yang dijangka bakal menghasilk­an 11,000 tenaga kerja berkemahir­an tinggi di rantau ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia