Berita Harian

Kritikan bukti Tun M bersikap hipokrit

Bekas PM didakwa laksana tiga kali persempada­nan semula 22 tahun pemerintah­an

- Oleh Nadia Hamid dan Adie Suri Zulkefli

Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik usul Persempada­nan Semula menunjukka­n sikap hipokrit dan bermuka-muka bekas Perdana Menteri itu.

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S Vell Paari, berkata sepanjang 22 tahun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, ada tiga kali persempada­nan semula dilaksanak­an.

“Dr Mahathir sudah lupa ke bahawa ketika 22 tahun sebagai Perdana Menteri, ada tiga kali persempada­nan semula yang dijalankan pada 1984, 1994 dan 2003.

“Untuk beliau (Dr Mahathir) mengkritik persempada­nan semula sekarang, seperti menggambar­kan sikap hipokrit beliau,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Vell Pari berkata, persempada­nan semula yang terakhir dilakukan pada 2003, diguna pakai untuk menentukan kawasan pilihan raya pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU-11), PRU-12 dan PRU-13.

Justeru, katanya, usul yang dibuat oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) itu adalah penting kepada semua pihak (parti politik dan rakyat).

Katanya, usul berkenaan juga sah dan mengikut Perlembaga­an Persekutua­n, di bawah Perkara 113 (2) (ii) yang menyebut : “Terdapat selang waktu tidak kurang dari lapan tahun antara tarikh penyelesai­an satu kajian, dan tarikh permulaan kajian berikutnya, di bawah Klausa ini.”

“Saya menyeru kepada Ahli Parlimen pembangkan­g supaya tidak mempolitik­kan isu persempada­nan semula dan memberi tumpuan berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Pembangkan­g tidak patut campur tangan

“Persempada­nan semula adalah sebahagian daripada sistem dan proses demokrasi Malaysia. Pembangkan­g tidak patut campur tangan dalam peranan dan tanggungja­wab SPR menjalanka­n tugasnya,” katanya.

Sementara itu, di

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata Dr Mahathir adalah pemimpin yang menggunaka­n persempada­nan semula kawasan pilihan raya untuk kekal berkuasa selama lebih 20 tahun.

“Sistem dan muslihat apa pula

Alor Setar;

yang Tun Mahathir lakukan dalam proses persempada­nan semula kawasan pilihan raya pada 1986 dan 1995? Waktu Tun lakukan, ia bersih, adil dan wajar?

“Sewajarnya NGO Bersih berasa canggung dan aib dengan meletakkan Tun Mahathir sebagai jurucakap utama mereka. Bersih patut tahu, orang yang hari ini menuduh sistem ini sebagai kotor dan hanyir adalah orang yang sama menjadi pelopor kepada sistem yang sedia ada wujud,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sambil mempertaha­nkan usul persempada­nan semula oleh SPR untuk PRU-14 sebagai tindakan selari dengan peraturan dan undangunda­ng, Shaiful Hazizy berkata, pembangkan­g tidak seharusnya takut dan menggunaka­n isu itu sebagai alasan meraih simpati politik.

“Persempada­nan semula adalah satu proses biasa dalam sistem pilihan raya di negara ini jadi kenapa kali ini ia begitu sekali dijadikan isu.

“Tidak ada seorang rakyat pun yang hilang “hak mengundi” di dalam proses persempada­nan ini. Mereka tetap mempunyai kuasa dan prerogatif untuk memilih, ..hikayat bohong pembangkan­g hanyalah cerita palsu yang wajar ditempelak oleh rakyat,” katanya lagi.

Justeru, Pemuda UMNO Kedah menggesa pembangkan­g untuk berganjak dalam fasa pertempura­n politik baru dan mencari semula mandat rakyat tanpa menjadikan persempada­nan semula sebagai retorik politik. Bendahari Agung MIC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia