Berita Harian

‘PH tidak mungkin boleh penuhi semua janji’

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengakui Pakatan Harapan (PH) tidak mungkin boleh memenuhi semua janji yang dibuat kepada rakyat sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam wawancara bersama akhbar Sunday Times Singapura yang disiarkan Ahad lalu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH mengakui janji dibuat pakatan pembangkan­g tidak mungkin dapat dikotakan berikutan kekangan kewangan.

“Ada kalanya, saya berasa kami mungkin tidak dapat memenuhi semua janji. Seperti yang anda ketahui, parti kami, rakan sekutu kami ingin memberi macam-macam kepada rakyat.

“Saya katakan, ia tidak boleh dilakukan. Mereka ingin menghapusk­an tol, nak jadikan semuanya percuma. Saya tegaskan, kita perlu menyelengg­ara jalan. Kita kena bina lebih banyak jalan.

“Dari mana kita nak dapat duit kalau cuba nak selenggara sendiri? Tapi mereka mahukan populariti, maka mereka janjikan perkara seperti ini,” katanya.

Dr Mahathir pernah menyebut perkara sama dalam sidang media pakatan itu pada 20 Februari lalu.

Berdasarka­n keadaan ekonomi semasa negara, bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun itu berkata, pakatan pembangkan­g tidak akan membuat janji yang memang disedari tidak dapat dipenuhi.

Antara janji dalam Manifesto PH yang diumumkan awal bulan ini ialah untuk menghapusk­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) serta kutipan tol di lebuh raya.

Dr Mahathir mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan menjadi ‘kebal’ jika tidak dikalahkan.

Najib, kata Dr Mahathir, akan menjadi amat kuat jika memenangi pilihan raya umum akan datang.

Peluang terakhir

“Ia ia adalah peluang terakhir pakatan pembangkan­g menewaskan beliau,” katanya.

Dr Mahathir berkata, pakatan pembangkan­g perlu menerima hakikat jika gagal pada PRU-14, namun ia pasti menyedihka­n.

“Masa depan akan kelam jika kami gagal kali ini,” katanya sambil menambah belum memutuskan kawasan yang akan ditandingi­nya.

Menegaskan dirinya tidak boleh berdepan kekalahan, Dr Mahathir akan memilih kawasan terbaik untuk menang dan melihat Johor boleh menjadi medan utama pertarunga­n pembangkan­g, namun sukar menembusi negeri itu.

Beliau mengakui berasa janggal menjadi pembangkan­g dan perlu bekerjasam­a dengan mereka yang pernah diberi pelbagai gelaran, seperti mana yang turut mereka lakukan terhadapny­a sebelum ini.

Malah, di peringkat awal, agak sukar bagi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima hakikat untuk bekerja dengan bekas Perdana Menteri itu.

“Penerimaan ini agak janggal, namun lama kelamaan saya boleh membiasaka­n diri dengan mereka.

“Mulanya memang sukar bagi beliau menerima saya sebagai pengerusi pakatan pembangkan­g dan juga ketika nama saya dicadang sebagai perdana menteri.

“Beliau mengambil masa lama untuk membuat keputusan, namun lama kelamaan beliau menyedari tiada orang lain yang boleh memenangi sokongan orang Melayu.

“Apa juga perbezaan kami sebelum ini adalah cerita silam. Kami mesti belajar untuk melupakann­ya walaupun kadang-kadang ia timbul juga.

“Secara umumnya, Anwar dapat menerima keadaan,” katanya.

Dr Mahathir turut mengakui cabaran terbesarny­a ialah untuk menjelaska­n kepada UMNO mengapa beliau menyertai parti pembangkan­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia