Berita Harian

ESSCOM benteng keselamata­n ancaman pengganas

Penubuhan rancakkan ekonomi penduduk setempat, sektor pelanconga­n

- Sandakan Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Penubuhan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sejak lima tahun lalu menjadikan wilayah itu lebih selamat daripada ancaman pengganas dari negara jiran, sekali gus merancakka­n ekonomi penduduk setempat dan sektor pelanconga­n.

Ini terbukti apabila tiada lagi kes penculikan untuk wang tebusan (KFR) direkodkan sepanjang tahun lalu, hasil keberkesan­an dan tindakan proaktif ESSCOM dalam menjaga keselamata­n di wilayah berkenaan.

Pantau rapi ancaman keselamata­n

Bagaimanap­un, ia tidak membuatkan pengurusan tertinggi ESSCOM cepat berpuas hati, malah sentiasa memantau rapi ancaman keselamata­n dari semasa ke semasa.

Kepekaan ESSCOM terhadap ancaman keselamata­n dibuktikan dengan kejayaan menembak mati penjenayah rentas sempadan, Masurani Insawani @ Tarab di perairan Kunak pada 29 September lalu dan Abu Paliyak di perairan Silam pada 4 Disember lalu.

Di sebalik kejayaan itu, ESSCOM yang mendapat sokongan penuh Kerajaan Persekutua­n dan Sabah tidak pernah alpa malah terus melakukan pelbagai perancanga­n dan pembaharua­n.

Dalam inisiatif terbaru, ESSCOM bakal mewujudkan Road Check Point (RCP) atau pusat pemeriksaa­n di daratan serta Sea Check Point (SCP) iaitu pemeriksaa­n di laut yang menumpukan usaha menghalang kemasukan elemen yang mengancam keselamata­n di pantai timur Sabah.

RCP dilaksanak­an secara tetap

RCP yang bakal dilaksanak­an di Kalabakan pada hujung bulan ini manakala di Telupid dijangka antara April hingga Mei, antara lain dilaksanak­an susulan kedua-dua lokasi itu antara laluan utama dari pantai timur ke pantai barat Sabah yang kemungkina­n turut digunakan penjenayah.

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali, berkata RCP akan dilaksanak­an secara tetap di kedua-dua laluan itu yang menggabung­kan pelbagai agensi keselamata­n dan penguat kuasa.

“Kita perlu segerakan RCP di Kalabakan dan Telupid kerana keduadua laluan ini yang menghubung­kan pantai timur dan barat dipercayai digunakan oleh penjenayah rentas sempadan untuk bergerak antara dua bahagian terbabit.

“Biarpun keadaan kita di timur Sabah terkawal dan tenang, usaha memperkuku­h keselamata­n perlu sentiasa dilakukan kerana Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) masih terdedah kepada penjenayah rentas sempadan dari negara jiran,” katanya.

Hazani berkata, kegiatan penyeludup­an dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) akan terus menjadi sasaran utama ESSCOM kerana faktor jarak yang dekat antara ESSZONE dan kepulauan di Filipina, dengan sebarang situasi pergolakan di selatan negara jiran itu mampu mempengaru­hi situasi keselamata­n di negeri ini.

“SCP bertujuan menyekat kemasukan senjata api dan elemen jenayah rentas sempadan dengan memeriksa kemasukan setiap kapal ke negeri ini. Ia kini di peringkat menentukan bentuk undang-undang boleh diguna pakai dan dijangka dilaksanak­an tahun ini,” katanya.

Susulan pelbagai inisiatif itu juga, ESSCOM yakin agensi itu diterima baik masyarakat di ESSZONE.

 ??  ??
 ??  ?? Pasukan keselamata­n sentiasa membuat pemeriksaa­n di kawasan premis perniagaan dan perkampung­an nelayan bersama ESSCOM, di sekitar daerah Tawau dan Sandakan.
Pasukan keselamata­n sentiasa membuat pemeriksaa­n di kawasan premis perniagaan dan perkampung­an nelayan bersama ESSCOM, di sekitar daerah Tawau dan Sandakan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pasukan keselamata­n melakukan kawalan di pos kawalan Pulau Berhala, di Sandakan.
Pasukan keselamata­n melakukan kawalan di pos kawalan Pulau Berhala, di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia