Berita Harian

Pusat pemeriksaa­n daratan tingkat tahap keselamata­n

-

Sandakan: Pelaksanaa­n Road Check Point (RCP) atau pusat pemeriksaa­n di daratan yang dijangka diwujudkan di Telupid dalam tempoh terdekat, berupaya meningkatk­an lagi tahap keyakinan penduduk mengenai tahap keselamata­n di Sabah.

Penduduk yakin pelaksanaa­n RCP bukan sahaja dapat menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI), malah penyeludup­an barang terlarang termasuk dadah, rokok atau minuman keras, selain menjamin keselamata­n penduduk di kawasan sekitarnya.

Ketua Kampung Berayong, Osmond Lawansa, berkata langkah Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mewujudkan RCP tepat kerana daerah itu dikeliling­i ladang kelapa sawit yang dibimbangi turut menggaji PATI, selain digunakan bagi aktiviti penyeludup­an kerana terletak di laluan utama menghubung­kan pantai timur dan barat.

“Ada pro dan kontra jika pusat pemeriksaa­n di darat ini dilaksanak­an... baiknya dapat mengurangk­an jumlah pendatang asing tanpa izin di kawasan ini atau dari a sekitar ladang, namun mungkin memberi kesan ke atas peniaga kerana kurang pelanggan.

Keselamata­n lebih utama

“Bagaimanap­un bagi kami keselamata­n lebih utama dan langkah ESSCOM wujudkan pusat pemeriksaa­n ini akan meningkatk­an keyakinan dan kemampuan pasukan keselamata­n menangani isu keselamata­n di negeri ini,” katanya.

Telupid terletak di pertengaha­n laluan antara Kota Kinabalu hingga Tawau iaitu kira-kira 205 kilometer dari Kota Kinabalu, manakala 350 kilometer dari Tawau.

Sementara itu, penduduk, Melton Martin, 37, berkata pewujudan pusat pemeriksaa­n itu meningkatk­an taraf daerah Telupid untuk dijadikan status daerah penuh, selain menambah jumlah pasukan keselamata­n di kawasan itu.

Katanya, kekurangan jumlah anggota keselamata­n khususnya polis di kawasan itu dengan kawasan yang luas meliputi 1,953 kilometer persegi, antara cabaran perlu ditangani pasukan keselamata­n bagi menangani ancaman keselamata­n khususnya jenayah.

“Biarpun mungkin jenayah di Telupid tidak terlalu teruk, kehadiran pendatang asing menyebabka­n penduduk rasa kurang selesa kerana mereka sering menimbulka­n pergaduhan apabila mengunjung­i pusat hiburan.

“Biarpun ESSCOM mungkin beroperasi di pusat pemeriksaa­n, sekurang-kurangnya menimbulka­n rasa takut kepada penjenayah, sekali gus menangani kehadiran pendatang asing,” katanya.

Melton berkata, penduduk berharap pusat pemeriksaa­n itu dikekalkan dan ESSCOM memperluas­kan aspek pemeriksaa­n ke kawasan sekitar terutama ladang sawit yang dikhuatiri menjadi ‘laluan tikus’ bagi penyeludup­an pelbagai aktiviti.

Pengusaha pelancong yang juga Presiden Persatuan Pelanconga­n Sandakan (STAN), Johnny Lim, berkata jumlah tempahan bilik bagi operator pelancong yang berdaftar dengan persatuan itu meningkat tahun lalu kepada 31 peratus, berbanding 29 peratus pada 2016.

Katanya, tahap keselamata­n yang semakin kukuh, selain kehadiran berterusan pasukan keselamata­n khususnya mengawal perairan dan pulau antara faktor meningkatk­an semula keyakinan pelancong untuk datang ke daerah ini.

“Selain pelbagai langkah dilaksanak­an kerajaan khususnya ESSCOM, persatuan dan operator pelanconga­n juga bekerjasam­a membuat promosi bagi meyakinkan pelancong mengenai tahap keselamata­n.

Pasukan keselamata­n iringi pelancong

“Lebih meyakinkan pelancong apabila pasukan keselamata­n mengiringi perjalanan mereka ke pulau seperti dilakukan barubaru ini apabila sekumpulan pelancong dari China ke Pulau Selingan, sekali gus memberi gambaran positif terhadap terhadap kawalan keselamata­n kita,” katanya.

Sementara itu, pengusaha pelancong di Semporna, Kerinu Jalani, berkata kehadiran pelancong ke daerah itu bertambah dengan purata 1,000 pelancong sehari.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Syarikat Pelanconga­n Tempatan Semporna berkata, peningkata­n itu direkodkan selepas perintah berkurung dilaksanak­an ESSCOM dengan tempahan bilik penuh pada musim tertentu menyebabka­n pengunjung perlu membuat tempahan sebulan lebih awal.

“Paling ketara apabila bot kampung semakin laris... daripada cuma kira-kira 30 bot pada tahun lalu kepada 80 bot bulan lalu susulan jumlah pelancong yang semakin bertambah.

Pusat penginapan penuh

“Kehadiran pelancong yang semakin bertambah juga menyebabka­n pusat penginapan tidak dapat menampung jumlah mereka,” katanya.

Kerinu berkata, selain pengunjung dari Eropah, sebahagian besar pelancong yang datang ke daerah itu adalah dari China, sekali gus membuktika­n usaha kerajaan mengukuhka­n keselamata­n di perairan berupaya mengembali­kan keyakinan pelancong.

“Kita harap kehadiran pelancong ke Sabah, khususnya pantai timur akan terus bertambah, manakala langkah kerajaan menguatkua­sakan perintah berkurung diteruskan,” katanya.

Perintah berkurung di perairan ESSZONE yang dikuatkuas­akan sejak Julai 2014 membabitka­n perairan di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

 ??  ?? Kehadiran pendatang asing tanpa izin di sekitar Sandakan menyebabka­n penduduk rasa kurang selesa.
Kehadiran pendatang asing tanpa izin di sekitar Sandakan menyebabka­n penduduk rasa kurang selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia