Berita Harian

Pindaan nama DUN, Parlimen dapat reaksi positif pengundi

Nama baharu tonjol keadaan, sejarah kawasan

- Oleh Awaina Arbee dan Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

Persempada­nan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut menyaksika­n perubahan nama kawasan, mendapat reaksi positif daripada penduduk setempat.

Tinjauan NSTP di beberapa DUN dan Parlimen di seluruh negara mendapati orang ramai bersetuju dengan nama baharu kawasan yang lebih menggambar­kan keadaan dan sejarah kawasan berkenaan.

Setiausaha UMNO Bahagian Gombak, Yuszahari Muhammad Yusof, berkata pertukaran nama DUN Batu Caves kepada Sungai Tua amat sesuai dengan keunikan kawasan di situ.

Katanya, penggunaan nama Sungai Tua mengembali­kan nostalgia sejarah kampung Melayu di situ.

“Mengikut sejarahnya, ada beberapa kampung Melayu besar di kawasan ini seperti Kampung Sungai Tua dan Kampung Nakhoda yang wujud sehingga kini.

“Dahulunya, nama Sungai Tua pernah digunakan sebagai nama DUN sebelum ditukar kepada Batu Caves ketika Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10). Kini, ia kembali kepada nama asalnya,” katanya.

Kelmarin, Dewan Rakyat meluluskan usul kajian semula persempada­nan kawasan pilihan raya yang dibentangk­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menerusi laporan persempada­nan itu, 12 nama kawasan Parlimen dan 28 DUN dipinda.

Lambang identiti kawasan

Penjawat awam, Hassan Hatif, 58, pengundi di DUN Tanjong Puteri di Johor, yang kini dikenali dengan nama baharu, Larkin, berkata nama itu nyata melambangk­an identiti sebenar kawasan itu.

“Saya setuju apabila nama DUN Tanjong Puteri diubah kepada DUN Larkin kerana kawasan mengundi DUN ini adalah kawasan Larkin, sebaliknya kawasan Tanjong Puteri lebih berselerak dan ada nama Tanjong Puteri yang terletak di Pasir Gudang,” katanya.

Kelulusan persempada­nan semula kawasan DUN Bakar Bata kepada DUN Suka Menanti juga disambut baik penduduk yang menyifatka­n ia akan membuatkan kawasan itu lebih dikenali dan membangun.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Suka Menanti Hilir, Mhd Zulkfli Saud, 64, berkata hasratnya sejak 1980-an untuk melihat Suka Menanti tidak dipinggirk­an dari arus pembanguna­n akhirnya tertunai.

Katanya, sebelum ini dia sudah beberapa kali bersuara kepada kerajaan negeri supaya tidak menganggap Suka Menanti sebagai 'acar' (ke belakang), sebaliknya menjadikan­nya sebagai anjung (ke hadapan) kepada Alor Setar.

Nama sesuai jumlah pengundi India Klang,

Di pemilihan nama baharu bagi tiga kawasan DUN di sini melambangk­an demografi di kawasan berkenaan, selain satu kemenangan kepada rakyat.

Ia berikutan, pengundi di kawasan itu sering berasa dipinggirk­an sejak sekian lama berikutan kesukaran wakil rakyat menjalanka­n tanggungja­wab kerana jumlah penduduk yang ramai.

Justeru, ramai pengundi menyambut baik penamaan kawasan DUN Kota Alam Shah yang kini dikenali sebagai Sentosa, Sri Muda (Kota Kemuning) dan Seri Andalas (Sungai Kandis).

Wakil penduduk yang juga pengundi Parlimen Kota Raja, Ab Rahman Nordin, 55, berkata nama DUN Sentosa itu bersesuaia­n dengan jumlah pengundi India yang ramai di kawasan itu.

Berikutan itu, katanya, sangat wajar ia dipanggil dengan nama DUN Sentosa seperti yang disyorkan SPR, selain kewajaran meletakkan calon atau wakil rakyat daripada masyarakat India di situ.

“Bagi nama Kota Kemuning pula ia bersesuaia­n dengan pengundi Cina yang ramai di kawasan itu. Nama Sungai Kandis pula sesuai berikutan jumlah pengundi Melayu yang ramai di kawasan itu,” katanya.

Pertukaran nama DUN Batu Caves kepada Sungai Tua amat sesuai dengan keunikan kawasan di situ. Penggunaan nama Sungai Tua mengembali­kan nostalgia sejarah kampung Melayu di situ” Yuszahari Muhammad Yusof, Setiausaha UMNO Bahagian Gombak Saya setuju apabila nama DUN Tanjong Puteri diubah kepada DUN Larkin kerana kawasan mengundi DUN ini adalah kawasan Larkin, sebaliknya kawasan Tanjong Puteri lebih berselerak ” Hassan Hatif, Penjawat awam Nama DUN Sentosa itu bersesuaia­n dengan jumlah pengundi India yang ramai di kawasan itu. Sangat wajar ia dipanggil dengan nama DUN Sentosa seperti yang disyorkan SPR” Ab Rahman Nordin, Wakil penduduk yang juga pengundi Parlimen Kota Raja

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia