Berita Harian

Bukit Tuku kepada Apam Putra lebih eksklusif

-

Rantau Panjang: Pertukaran nama Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tuku kepada Apam Putra dianggap lebih eksklusif dan mengikut peredaran masa oleh penduduk setempat.

Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKP) Tanpa Mukim, Abdul Rahman Mat Yasim, berkata nama itu dapat memberi semangat baharu, selain mengharapk­an ia mampu membawa kemajuan serta perubahan yang lebih positif.

Katanya, penduduk menyambut baik bukan sahaja dalam kalangan orang lama, malah generasi muda yang mengharapk­an pucuk kepemimpin­an yang lebih baik pada masa depan.

“Nama Apam Putra ini sesuai dengan arus kemodenan masa kini yang mana diharap dapat membantu menaikkan taraf kehidupan penduduk setempat dari segi ekonomi.

"Perkataan ‘Apam’ sendiri diambil daripada nama satu mukim yang ada di DUN ini, manakala ‘Putra’ menunjukka­n sesuatu kawasan yang luas dan berpengaru­h.

“Pertukaran nama ini juga turut menambahka­n lagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN ini daripada 10 ke 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM). Tiga PDM baharu ialah Kampung Nibong, Pengkalan Machang dan Kampung Bujok,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sokong nama baharu Melaka,

Sementara itu di kebanyakan penduduk menyokong nama baharu Parlimen Hang Tuah Jaya bagi menggantik­an Parlimen Bukit Katil sebagai mengangkat martabat kegemilang­an Melaka menerusi kepahlawan­annya.

Penggiat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pembela Barisan Nasional (BN) Bukit Katil, Osman Paiman, berkata nama baharu bagi Parlimen yang mempunyai seramai 89,000 pengundi berdaftar itu adalah sesuai bagi sesebuah Parlimen memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

“Jumlah pengundi baharu ini sedikit menurun berbanding kirakira 115,000 pada pilihan raya lalu. Apapun, pengundi tiada masalah bagi pertukaran nama, sebaliknya tahu calon mana yang hendak disokong pada PRU-14,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia