Berita Harian

Impak pendekatan bawah ke atas

Pelbagai program tangani kos sara hidup manfaat golongan sasaran

- Oleh Idris Musa dan Farhana Syed Nokman

Dalam tempoh lima tahun, Aku Janji Kerajaan Persekutua­n (AKP) yang mengandung­i 17 inisiatif dilancarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 6 April 2013 mencapai kejayaan membanggak­an.

Antara inisiatif itu ialah Menangani Kos Sara Hidup yang membabitka­n Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Khas Awal Persekolah­an 1Malaysia (BKAP1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan Klinik 1Malaysia (K1M).

Ia turut membabitka­n Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M), Taska 1Malaysia atau Pusat Jagaan 1Malaysia, Dasar 1Negara 1Harga, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M), kelajuan berganda jalur lebar pada harga sama dan Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0).

BR1M misalnya yang mula diperkenal­kan pada 2012, sudah memberi manfaat kepada 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang di seluruh negara pada setiap tahun.

Timbalan Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jamal Othman, berkata penguranga­n dalam pembayaran subsidi minyak serta peningkata­n pendapatan kerajaan daripada kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) membolehka­n kerajaan melaksanak­an program BR1M yang membantu isi rumah berpendapa­tan rendah mengurangi tekanan kos sara hidup.

Rangsang ekonomi

Malah katanya, dalam masa yang sama, ia merangsang pertumbuha­n ekonomi apabila penerimaan daripada BR1M itu dibelanjak­an semula dalam ekonomi.

“Apa pun Malaysia sangat perlu membangunk­an petunjuk untuk mengukur kos sara hidup secara eksplisit. Ini kerana indeks harga pengguna (IHP) hanyalah satu proksi sahaja untuk mengukur kos sara hidup,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai, berkata AKP itu jelas memberi tumpuan kepada keadilan sosial untuk membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

“Dengan cara itu, Kerajaan Persekutua­n berjaya memenuhi semua janji dan pelbagai program di bawah inisiatif Menangani Kos Sara Hidup, menunjukka­n keprihatin­an kerajaan,” katanya.

Beliau berharap, AKP bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) juga akan meneruskan inisiatif berkenaan, namun dengan lebih luas dan komprehens­if yang mencakupi bukan hanya orang miskin tegar tetapi miskin relatif dalam masyarakat.

Pensyarah kanan Jabatan Sosiobuday­a Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata beliau telah melihat laporan AKP itu yang menunjukka­n kejayaan membanggak­an.

“Kita dapat lihat semua inisiatifn­ya mencatatka­n tahap kejayaan 100 peratus melainkan inisiatif Memartabat­kan Islam, Menghormat­i Kebebasan dan Keharmonia­n Agama pada tahap 91.7 peratus.

“Ia menunjukka­n kerajaan melaksanak­an apa yang telah dijanjikan dalam manifeston­ya. Secara keseluruha­n, ia menunjukka­n pencapaian yang baik.

“Namun, perlu juga dilihat sejauh mana impak dalam kalangan rakyat, iaitu dengan menggunaka­n kaedah melihat dari bawah ke atas dan bukan sebaliknya,” katanya.

Mengulas mengenai BR1M katanya, ia memang memberi manfaat kepada golongan berpendapa­tan rendah, namun boleh ditambah baik lagi terutama bagi golongan menengah yang terperangk­ap oleh jurang pengkatego­rian.

“BB1M juga sesuatu yang bermanfaat bagi pelajar terutama mereka daripada golongan kurang berkemampu­an. Ia sebenarnya adalah satu nikmat kepada mereka,” katanya.

Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga Presiden Persatuan Jururawat Sukarelawa­n Malaysia (MVNA), Rozainah Mat Yusoff, berkata inisiatif kerajaan mewujudkan K1M dan KB1M memang sangat baik.

Penjagaan kesihatan

Katanya, KB1M terutama dapat menyuntik kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n menjaga dan memeriksa kesihatan.

“Klinik bergerak ini juga dapat memberi perkhidmat­an secara lebih menyeluruh kepada rakyat.

“Malah di satu sudut memudahkan bagi pegawai perubatan dan jururawat untuk sampai kepada golongan sasar di kawasan tertentu,” katanya.

Bagi tempoh 2013 hingga 2017, sebanyak 185 K1M sudah dibina, menjadikan jumlah keseluruha­n 334 buah, dengan purata 5.27 juta kedatangan pesakit (baru dan ulangan) setiap tahun.

KB1M pula adalah perkhidmat­an berkonsepk­an bas dan bot. Ia memberi keutamaan kepada masyarakat luar bandar yang kurang mendapat liputan kemudahan kesihatan statik sedia ada seperti di kawasan ladang, kampung tradisiona­l dan penempatan Orang Asli.

Peningkata­n kos sara hidup terpaksa dihadapi, cuma kerajaan mengambil inisiatif membantu kita. Namun, sekiranya rakyat tidak memanfaatk­an kemudahan disediakan, ia tidak bererti juga” Mohd Yusof Abdul Rahman, Timbalan Presiden FOMCA Ini adalah satu contoh yang membuktika­n kerajaan Barisan Nasional menyediaka­n pelbagai keperluan kepada rakyat Malaysia. Saya yakin lebih banyak lagi akan dilaksanak­an selepas Pilihan Raya Umum Ke-14” Datuk Jacob George, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) Ini adalah inisiatif yang baik oleh kerajaan, tetapi kerajaan mesti mengajar rakyat agar tidak terlalu bergantung kepada mereka. Beberapa program tidak seharusnya diadakan berterusan kerana ia membabitka­n berbilion ringgit” Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia