Berita Harian

Kenduri kesyukuran dapat dewan, jeti baharu

-

Pontian: Seramai 100 nelayan menyertai majlis kenduri kesyukuran di Jeti Nelayan Kampung Sungai Durian, Serkat Kukup di sini, semalam selepas impian mendapatka­n dua dewan dan dua jeti baharu sejak lapan tahun lalu tercapai.

Setiap sebuah dewan berkeluasa­n kira-kira 12 meter persegi itu dilengkapi kemudahan asas seperti surau, tandas dan ruang mengumpul hasil laut.

Jeti baharu itu pula yang dibina daripada konkrit sepanjang kirakira 10 meter siap sepenuhnya pada September lalu dengan kos keseluruha­n RM600,000 dapat membantu memudahkan nelayan menjalanka­n aktiviti harian.

Setiausaha Muafakat Nelayan Kampung Sungai Durian, Hairul Imran Ramlan, berkata jeti sedia ada sebelum ini berbahaya kepada nelayan kerana dibina daripada kayu serta sudah dalam keadaan usang dan reput.

Katanya, sepanjang penantian kemudahan yang diimpikan itu, banyak kejadian tidak diingini berlaku apabila beberapa nelayan pernah terjatuh selepas terpijak kayu pada jeti yang usang ketika memunggah hasil tangkapan.

Katanya, kemalangan berlaku kepada golongan terbabit bukan sekadar berakhir di jeti kayu itu, malah pada masa sama mereka dilanda kebimbanga­n apabila pondok kecil untuk mengumpul hasil tangkapan dan berehat di jeti itu semakin usang dan berisiko runtuh.

“Lebih mengharuka­n ada nelayan yang ditimpa kemalangan di jeti berkenaan mengalami masalah kewangan kerana sudahlah tidak dapat turun ke laut, wang yang ada perlu digunakan pula untuk kos perubatan,” katanya.

“Semua sejarah lama itu tidak akan berulang lagi kerana pembinaan dua dewan dan penambahan dua jeti yang diimpikan nelayan sudah siap sepenuhnya dengan sempurna.

Terima kasih kepada kerajaan

“Kami berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin membela nasib golongan nelayan,” katanya ditemui pada majlis kesyukuran sempena selesai pembinaan dua dewan dan penambahan dua jeti di Jeti Nelayan Kampung Sungai Durian.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh; Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Pontian, Radzuan Jaamat; Penghulu Mukim Serkat Roslan Bokari; Ketua Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Durian, Hairul Nizam Razali dan Pengerusi Persatuan Nelayan Johor Selatan, Saiful Effendi Abd Halim.

Sementara itu, Suhaimi berkata, kemudahan asas itu menjadi keperluan utama nelayan di kampung berkenaan dan perlu diperbaiki segera bagi memastikan mereka selamat dan selesa untuk menjalanka­n aktiviti harian.

“Dengan adanya dua dewan dan dua penambahan jeti konkrit, nelayan boleh melakukan kerja dengan mudah dan selamat selepas berpenat lelah menangkap ikan di laut.

“Saya lebih berbangga apabila ada dalam kalangan nelayan membuat kerja sampingan seperti berniaga secara kecil-kecilan dan bercucuk tanam, namun pada masa sama mereka perlulah menyertai Koperasi Nelayan sekali gus menjana pendapatan menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanak­an,” katanya.

Sempena majlis itu, Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Johor (JUITA) turut menyampaik­an sumbangan keperluan dapur dan wang tunai kepada 20 penerima yang kurang berkemampu­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia