Berita Harian

Pembentang­an cetus kekecohan, perdebatan

-

Hanipa Maidin (Pan-sepang) mengibarat­kan dirinya Tuhan menimbulka­n hingar-bingar di Dewan Rakyat, petang semalam.

Bibit kekecohan mula tercetus ketika Hanipa memberi laluan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Bn-baling) untuk mencelah sambil menitip pesanan: “Orang bodoh-bodoh jangan lama eh.”

Bingkas menyuaraka­n persoalan dengan santun dan nada bersahaja, Abdul Azeez meminta hujahan dan sindiran disuarakan perlu bersifat adil, tanpa mengira anggota pembangkan­g mahu pun kerajaan.

Katanya, kesanggupa­n pembangkan­g membuat derma kilat kononnya untuk menampung kos guaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi melawan pelbagai tohmahan juga perlu terpakai terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBMPAGOH).

“Yang Berhormat Pagoh pun kena bela juga Sepang (Hanipa) sebab beliau (Muhyiddin) pernah dikaitkan mempunyai skandal dengan bini (isteri) orang,” katanya.

Undang reaksi balas

Mengelak daripada menjawab soalan itu, Hanipa sebaliknya berkata, undang-undang menangani berita palsu mungkin menjadi ‘senjata makan tuan’ terhadap Barisan Nasional (BN) jika pakatan pembangkan­g menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Jadi jangan ingat kamu semua selamat,” katanya lantas mengundang reaksi balas Abdul Azeez yang menyifatka­n kenyataan itu sebagai takbur dan riak kerana hanya tuhan mempunyai kuasa menentukan segala-galanya.

Hanipa yang juga seorang peguam berkata: “Kalau saya Tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahka­n orang saja. Sudah lama saya hapuskan kamu (Abdul Azeez).

“Sebab saya tak Tuhan, Tuhan jadikan juga orang macam kamu,” katanya lantang sambil menepuk dada kiri dan menuding ke arah Abdul Azeez.

Hangatkan perdebatan

Tindakan itu pantas menghangat­kan suhu perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar, selain menyaksika­n kesepakata­n beberapa Ahli Parlimen BN bangkit mengaminka­n doa dibaca Abdul Azeez supaya Hanipa diberi petunjuk untuk bertaubat.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Pas-kuala Nerus) yang bangkit mencelah ketika suasana dewan bertukar gamat cuba menarik bekas ahli parti serpihan itu kembali ke jalan benar.

“Apabila ada perdebatan secara keras membabitka­n isu agama, bila kita menyebut, kalau saya Tuhan, saya rasa tidak cantik dan manis.

“Mungkin kesilapan kerana kita sedang berdebat, mungkin kita betulkan balik mengikut fakta agama.

“Itu nasihat tulus daripada saya tanpa niat jahat terhadap Sepang, sahabat yang saya sayang,” katanya memberi isyarat supaya Hanipa menarik balik kenyataan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia