Berita Harian

Kurangkan hukuman penjara

Pindaan bukti kerajaan prihatin, sedia terima pandangan

-

Laporan Mohd Anwar Patho Rohman, Meor Riduwan Meor Ahmad, Hidir Reduan, Nor Ain Mohamed Radhi dan Luqman Arif Abdul Karim

Hukuman penjara 10 tahun yang dicadangka­n dalam Rang Undangunda­ng (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 akan dipinda kepada enam tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pindaan dibuat kerajaan selepas mengambil kira pandangan beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen.

Katanya, tindakan kerajaan membuat cadangan pindaan pada peringkat jawatankua­sa terhadap Fasal 4 dan 5 juga menunjukka­n kerajaan prihatin dan bersedia menerima pandangan semua pihak.

Bukti kerajaan prihatin

“Pindaan ini membuktika­n kerajaan pimpinan Perdana Menteri amat prihatin dan bersedia menerima segala pandangan dan cadangan bagi menjadikan RUU ini inklusif dan komprehens­if,” katanya ketika membentang­kan RUU itu untuk bacaan kali kedua pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Pada 26 Mac lalu, kerajaan membentang­kan RUU Antiberita Tidak Benar 2018 untuk bacaan kali pertama dalam sidang Dewan Rakyat.

Azalina berkata, pindaan lain yang dilakukan ialah menukar perkataan ‘knowingly’ yang terkandung dalam Fasal 4 dicadang untuk digantikan dengan perkataan ‘maliciousl­y’.

Beliau berkata, cadangan kerajaan mewujudkan RUU ini bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara rakyat, sebaliknya menyekat penularan berita tidak benar.

“RUU ini bersifat pencegahan bagi memberi mesej jelas bahawa setiap individu hendaklah bertanggun­gjawab terhadap perkongsia­n maklumat yang benar dan sihat.

“Ia juga memberi mesej jelas kerajaan tidak akan berkomprom­i dengan penyebaran berita tidak benar yang boleh memudaratk­an ketenteram­an awam atau keselamata­n negara,” katanya.

Sukar dikawal

Azalina berkata, walaupun ada undang-undang berkaitan, masalah penyebaran berita tidak benar sukar dikawal secara efektif dan pantas berikutan perkembang­an semasa teknologi maklumat yang pantas dan kompleks.

“Setakat ini hanya Jerman menguatkua­sakan undang-undang berhubung kandungan tidak sah termasuk berita tidak benar iaitu Akta Penguatkua­saan Jaringan yang terpakai kepada penyedia jaringan media sosial,” katanya.

Mengikut Fasal 3, katanya, RUU itu dicadang terpakai kepada mana-mana individu tanpa mengira kerakyatan atau kewarganeg­araan dan tempat berkenaan kesalahan itu dilakukan termasuk di luar Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia