Berita Harian

‘Lesen dia besar, boleh maki Speaker’

-

Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang digelar ‘hantu’ kerana tetap menghadiri sidang Dewan Rakyat semalam walaupun digantung selama enam bulan mulai kelmarin.

Panggilan itu bergema di dewan selepas Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Bn-setiu) menggunaka­n peraturan mesyuarat dewan untuk meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mengarahka­n Ahli Parlimen Gelang Patah itu keluar mengikut Peraturan 44(5).

Che Mohamad Zulkifly menyifatka­n kehadiran Kit Siang di dalam dewan sebagai menghina dewan kerana ingkar perintah penggantun­gan.

“Semalam (kelmarin), Gelang Patah sudah digantung enam bulan daripada persidanga­n tetapi ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentang­kan usul persempada­nan semula, Gelang Patah berada dalam dewan.

“Tindakan Gelang Patah sebagai orang lama dan berusia 69 tahun ini tidak senonoh dan menghina dewan.

“Dengan ini saya menggunaka­n Peraturan Mesyuarat 44(5) meminta Tan Sri Yang Dipertua mengarahka­n Gelang Patah keluar dari dewan yang mulia ini,” katanya.

Ia kemudian dijawab secara sinis oleh Pandikar Amin dengan berkata: “Saya tidak nampak Gelang Patah.”

Tak faham bahasa

Kekecohan bermula ketika Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar ingin membentang­kan Rang Undangunda­ng Perkhidmat­an Bomba (Pindaan) 2018.

Kit Siang kemudian bangun mengganggu Noh daripada meneruskan pembentang­an dengan bertanya kepada Pandikar Amin sama ada beliau digantung sehari atau enam bulan.

Noh berkata, Kit Siang sudah 23 tahun berada di Dewan Rakyat dan suaranya biasa didengari namun orangnya tidak kelihatan.

Budiman kemudian bangun mencelah: “Ada suara hantu.” katanya.

Menyifatka­n Kit Siang sebagai tidak ‘tidak faham bahasa’, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang mengakui akan keluar dari dewan jika diarah berbuat demikian.

Dewan Rakyat terus panas dengan beberapa Ahli Parlimen pembangkan­g bertikam lidah dengan Noh bagi mempertaha­nkan Kit Siang.

Ditemui pemberita selepas citu, Pandikar Amin menyifatka­n Kit Siang ‘tidak tahu malu’ kerana tetap hadir mengikut persidanga­n walaupun sudah digantung enam bulan.

Katanya, tindakan Ketua Ahli Parlimen DAP itu jelas melanggar peraturan mesyuarat Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Malah, Pandikar Amin menyifatka­n perlakuan Kit Siang sebagai kes rujukan kerana pertama kali berlaku dalam sejarah Parlimen peraturan mesyuarat diingkari.

“Sepatutnya apabila kena gantung, tidak boleh hadir. Ini kes pertama (berlaku), tapi saya ada baca buku Speaker Parlimen British, Selwyn Lloyd, kalau ada Ahli Parlimen yang berdegil, ada pilihan (untuk dihukum) boleh juga ‘tutup sebelah mata’.

“Apa faedah saya suruh polis angkat dia (Kit Siang) keluar. Apabila keputusan sudah dibuat, Ahli Yang Berhormat harus beredar dan keluar supaya tidak ikut persidanga­n.

“Tetapi mereka terlalu berani, dia ada lesen besar. Apa pun dia boleh buat. Nak ‘ridicule’ (memperleke­h) Speaker, nak maki Speaker dia boleh kerana dia wakil rakyat bukan?

“Ya, pembangkan­g ada lesen besar. (Bagi mereka) semua orang salah, mereka saja yang betul, jadi tidak apalah,” katanya.

Apa faedah saya suruh polis angkat dia (Kit Siang) keluar. Apabila keputusan sudah dibuat, Ahli Yang Berhormat harus beredar dan keluar supaya tidak ikut persidanga­n” Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Rakyat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia