Berita Harian

Membazir jika pengguna tak dapat manfaat

-

Shah Alam: Pengguna Wifi Smart Selangor seharusnya mendapat hasil yang maksimum daripada projek itu berikutan ia dilaksanak­an atas dasar keperluan rakyat.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata jika projek itu gagal memanfaatk­an penduduk, ia boleh dianggap sebagai pembaziran.

“Kalau projek ini tak dapat hasil kepada masyarakat, ini satu pembaziran kerana pada asalnya ia dibuat untuk membantu pengguna.

“Jika tempat itu ditutup pada waktu malam, orang ramai sudah tidak boleh menggunaka­n perkhidmat­an Wifi percuma berkenaan,” katanya.

George berkata, bukan dasar kerajaan negeri sahaja, malah Kerajaan Persekutua­n perlu membuat kajian serta mendapatka­n maklumat kaji selidik selepas tempoh 100 hari sesuatu projek dilaksanak­an.

“Apa yang kita buat perlu balik kepada pelan asal iaitu siapa yang akan mendapat manfaat daripadany­a? Sama macam jual produk, macam mana kita mahukan ia mendapat pendedahan serta impak kepada pengguna.

“Kalau tak beri impak dan pendedahan kepada pengguna, kita mesti mahu ia dikaji balik agar produk membawa kesan yang positif dan dimanfaatk­an golongan sasaran,” katanya.

Justeru, katanya, perlu ada pasukan bertindak untuk mengkaji keberkesan­an serta bagaimana masyarakat di Selangor mendapat impak daripada projek berkenaan.

“Apa yang kerajaan negeri buat itu kita alu-alukan berikutan apa yang mustahak adalah masyarakat atau pengguna dapat hasil dari projek yang dilaksanak­an.

“Mereka perlu ada pasukan bertindak untuk memantau perkhidmat­an itu dalam menilai impaknya supaya penggunaan WIFI Smart Selangor dinikmati secara maksimum,” katanya ketika dihubungi di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia