Berita Harian

Kawasan kemudahan internet percuma terhad, isyarat lemah

Liputan tak meluas sukarkan pelajar akses maklumat

- Oleh Faliq Lajim

Kemudahan internet ketika ini menjadi keperluan bagi banyak pihak dalam melengkapk­an tugasan seharian mahupun untuk mengakses maklumat.

Tidak kiralah apa sahaja pekerjaan sama ada penguat kuasa, wartawan, kakitangan kerajaan, peniaga atau pelajar, mereka bergantung harap dengan keperluan internet tanpa mengira masa.

Justeru, tidak hairanlah, pada 2013, Pakatan Rakyat dalam ‘Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat’ memperkena­lkan inisiatif Wifi percuma kepada penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar Selangor.

Bagaimanap­un, selepas lima tahun dilancarka­n, perkhidmat­an Wifi percuma hanya terhad di sesetengah kawasan bandar dan pinggir bandar, sedangkan hakikatnya, ia perlu memfokuska­n kepada kawasan tumpuan pelajar dan kawasan didiami golongan berpendapa­tan rendah.

Kebanyakan perkhidmat­an Wifi Smart Selangor ada di kawasan tumpuan namun ia hanya tertumpu di kawasan yang waktu operasinya tamat selepas jam 10 malam.

Berdasarka­n kepada jawapan pertanyaan mulut pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Mac 2017, sebanyak 2,981 kawasan sudah dilengkapi dengan perkhidmat­an itu di seluruh daerah di Selangor yang antara lain ialah bank, institusi pengajian tinggi (IPT), restoran dan pejabat kerajaan.

Di perkhidmat­an Wifi di Seksyen 17, Seksyen 7, Seksyen 13 lebih tertumpu di sekolah, pusat beli-belah, pusat komersial serta stadium di Seksyen 13, yang bukan sahaja ditutup pada waktu malam, malah tidak sesuai diakses pada waktu itu.

Pada masa sama, jika perkhidmat­an itu dipasang di pusat beli-belah selepas jam 10 malam, orang ramai sudah tidak boleh mengakses internet di pusat beli-belah.

Shah Alam, Keperluan bagi pelajar

Bagi pelajar sebuah universiti awam (UA) di sini, yang mengikuti pengajian dalam jurusan Sains Penyelidik­an, Normy Idayu Esahak Ayub, 29, kemudahan Wifi percuma satu keperluan baginya dan pelajar lain.

Katanya, beliau menggunaka­n internet bagi mencari bahan baharu seiring dengan penyelidik­an yang dilakukan.

“Walaupun ada perkhidmat­an Wifi percuma yang ditawarkan kerajaan Selangor, ia amat terhad kepada sesuatu tempat sahaja.” katanya yang memperuntu­kkan hampir RM60 untuk kegunaan internet setiap bulan.

Seorang lagi pelajar UA jurusan Pengajian Media dan Komunikasi, Nuraqila Khairul Anwar, 21, berkata perkhidmat­an Wifi percuma yang ditawarkan kerajaan negeri sepatutnya difokuskan di tempat tumpuan pelajar bagi memudahkan mereka membuat tugasan.

“Saya tinggal di dalam kawasan kolej. Kemudahan internet memang ada namun rakan yang menyewa di luar tidak dapat mengaksesn­ya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia