Berita Harian

Waspada tawaran ke luar negara: BIKUM

Rakyat dinasihat berhati-hati elak diperalat sindiket penjenayah

- Oleh Nur Afiradina Arshad cnews@nstp.com.my Kuala Lumpur

Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BIKUM) menasihatk­an orang ramai supaya berhati-hati ketika menerima sebarang tawaran ke luar negara kerana bimbang akan diperalatk­an sindiket pengedaran dadah antarabang­sa.

Setiausaha BIKUM, Awie Shoubli Jamal, berkata hasil pemerhatia­n dalam beberapa kes mangsa yang terbabit dengan sindiket pengedaran dadah antarabang­sa, mereka didapati mudah terpengaru­h dengan tawaran menarik yang diberikan.

“Setakat ini kita dapat tahu empat lagi rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara angkara sindiket terbabit dan modus operandi (MO) yang digunakan masih sama cuma sasaran mereka kali ini berbeza.

Kini guna mangsa lelaki

“Sebelum ini kita lihat ramai mangsa terdiri daripada wanita tapi untuk kali ini sindiket menggunaka­n mangsa lelaki pula yang tidak tahu membaca serta berperwata­kan lembut,” katanya dalam sesi sembang santai bersama dua mangsa sindiket pengedaran dadah antarabang­sa di sini, semalam.

Awie juga memaklumka­n kepada rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan mengetahui beberapa kaedah bagi mengelakka­n diri menjadi mangsa sindiket berkenaan.

“Saya berharap rakyat Malaysia yang menerima tawaran pekerjaan, percutian atau apa sahaja yang membabitka­n luar negara supaya menyemak agensi yang menawarkan perkhidmat­an terbabit di kedutaan atau Wisma Putra.

“Langkah pertama adalah mengetahui nombor kedutaan di negara berkenaan dan memaklumka­n kepada keluarga di Malaysia untuk menghubung­i Wisma Putra jika berlaku sebarang masalah,” katanya.

Awie menegaskan, BIKUM hanya menolong dan membawa pulang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa iaitu mereka yang teraniaya dan bukan penjenayah yang terbabit dalam sindiket.

 ?? [FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] ?? Awie (kanan) bersama dua mangsa sindiket pengedaran dadah antarabang­sa di Peru, Nor Azimah Sapie (dua dari kiri), Nor Suzana Azmi dan pegawai BIKUM, Kamarulzam­an Ahmad (kiri) pada sesi sembang santai di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] Awie (kanan) bersama dua mangsa sindiket pengedaran dadah antarabang­sa di Peru, Nor Azimah Sapie (dua dari kiri), Nor Suzana Azmi dan pegawai BIKUM, Kamarulzam­an Ahmad (kiri) pada sesi sembang santai di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia