Berita Harian

Kilang ubat haram sebelah ladang babi

53 jenis produk tidak berdaftar bernilai lebih RM9 juta dirampas

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Taktik sindiket aktif menghasilk­an ubat-ubatan haram, tiruan dan berbahaya di sebuah kilang sebelah ladang babi berhampira­n Kampung Selamat di sini, terbongkar semalam.

Kilang diserbu sepasukan 80 pegawai Ibu Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF), Kementeria­n Kesihatan (KKM), dan Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Kedah dengan bantuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), kira-kira jam 2 petang.

Dalam serbuan diketuai Timbalan Pengarah Cawangan Perisikan Operasi BPF, Adnan Salimin, sebanyak 253 jenis produk tidak berdaftar mengandung­i racun berjadual dianggarka­n bernilai lebih RM9 juta, turut dirampas.

Difahamkan, kegiatan sindiket menghasilk­an ubat-ubatan di kilang haram terletak kurang lima meter dari ladang ternakan hampir 1,000 ekor babi itu dikesan susulan risikan berterusan pihak BPF sejak lebih setahun lalu.

Kawasan dicemari bau busuk

Jurucakap BPF berkata, dua kolam kumbahan najis haiwan itu menyebabka­n kawasan berkenaan dicemari bau busuk luar biasa yang digunakan sindiket terbabit untuk berselindu­ng supaya operasi tidak diganggu pihak berkuasa.

“Hasil serbuan menemui mesin dan beratus kotak besar berisi ubat-ubatan haram disembunyi­kan di dalam kilang yang ditutup dengan kepingan zink itu.

“Siasatan mendapati kebanyakan ubat-ubatan itu dipercayai untuk pasaran tempatan, selain dieksport ke Kemboja, Vietnam dan Taiwan. Sindiket disyaki mendapatka­n sumber bahan mentah dari Taiwan dan China,” katanya.

Jurucakap itu berkata, rampasan membabitka­n produk ubatubatan dicampur dengan kimia Corticoste­roid - dexamethas­one secara haram, khusus untuk menghilang­kan sakit sendi, lenguh badan dan lutut.

Katanya, kilang itu juga menghasilk­an produk ‘Air Ikan Haruan’ dan ‘Air Haruan Ajaib’ yang diharamkan KKM sejak sekian lama kerana dicampur kimia steroid.

“Kilang itu turut dikesan menyimpan ratusan ribu ubat papan mengandung­i kimia steroid, antara lain jenama Makjun Istimewa, Makjun Ajaib dan pelbagai pil menghilang­kan sakit sendi.

“Malah, siasatan menemui ubat sakit gigi palsu dihasilkan dengan pil paracetamo­l dihancurka­n sebelum diisi ke dalam kapsul dan dijual dengan jenama Cap Gaham,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Cawangan Farmasi Forensik KKM, Mazlan Ismail, berkata Majun Istimewa dan Air Ikan Haruan dirampas mengandung­i Corticoste­roid - dexamethas­one yang mampu mempercepa­tkan proses pereputan tulang dan mengakibat­kan masalah penglihata­n serta sistem tubuh kepada pengguna.

 ??  ?? Anggota penguat kuasa menyerbu kilang haram yang menghasilk­an ubat tiruan di Kampung Selamat, Tasek Gelugor.
Anggota penguat kuasa menyerbu kilang haram yang menghasilk­an ubat tiruan di Kampung Selamat, Tasek Gelugor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia