Berita Harian

Cyberi3 atasi kelemahan kamera IP

CSM perkenal rangka kerja siber elak penceroboh­an

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Cyberse curi t y malaysia( CSM) akan memperkena­lkan rangka kerja siber dikenali Cyberi3 untuk mengatasi kelemahan dalam sistem kamera pengawasan yang menggunaka­n sistem protokol internet (IP).

Rangka kerja itu merangkumi proses, sistem analisis dan prosedur, berperanan sebagai pelindung sistem termasuk yang diguna pakai kamera IP, khususnya bagi mengelak menjadi mangsa penceroboh­an siber.

Cyberi3 berkonsep serampang dua mata, iaitu melindungi jaringan internet kamera IP daripada diceroboh, selain membantu memberi maklumat mengenai potensi jenayah serta turut berfungsi menganalis­is kejadian jenayah.

Naib Presiden Kanan, Perkhidmat­an Responsif Keselamata­n Siber CSM, Dr Aswami Ariffin, berkata Cyberi3 dibangunka­n pihaknya hasil penyelidik­an yang dimulakan kira-kira dua tahun lalu dan dijangka beroperasi menjelang hujung tahun ini.

Beliau mengakui tanpa rangka kerja Cyberi3, kamera IP lebih terdedah kepada serangan siber dan sebaik ia diceroboh, penyerang boleh memadam atau mengubah rakaman seperti insiden rompakan untuk menghapusk­an bukti.

“Penyerang siber yang mahir boleh memadam, memanipula­si atau mengubah data, malah boleh memasukkan wajah atau objek lain ke dalam rakaman asal. Ini menyebabka­n rakaman tidak boleh diguna sebagai bukti di mahkamah kerana hilang integriti data.

Pastikan perkakasan selamat

“Persediaan awal penting untuk memastikan semua perkakasan internet selamat, selain menjaga sebaik mungkin integriti dan kerahsiaan data oleh organisasi yang memiliki sistem kamera IP berkenaan,” katanya kepada BH.

Dr Aswami mengakui apa-apa peralatan membabitka­n rangkaian internet perlu dijaga kerana ia mudah terdedah serangan siber.

Mengenai peranan Cyberi3 dalam membantu proses analisis siasatan insiden jenayah, beliau berkata, CSM perlu dipanggil terus ke lokasi kejadian untuk memindahka­n rakaman insiden berkenaan ke peralatan forensik.

“Tujuannya bagi mengelakka­n kesukaran proses pemindahan data akibat berbeza format rakaman asal,” katanya.

Sementara itu, Pakar Biometrik Bertauliah CSM, Mohammad Zaharudin Ahmad Darus, berkata menerusi penyelidik­an Cyberi3, CSM turut membangunk­an kepakaran perkompute­ran awan supaya lebih banyak data boleh disimpan dalam tempoh lama.

Beliau berkata, masalah utama adalah apabila pemilik premis, khususnya yang diklasifik­asikan premis strategik tidak memiliki sistem kamera IP dengan ruang penyimpana­n data yang besar.

Ia, katanya, menyebabka­n analisis terhadap situasi mencurigak­an sebelum kejadian jenayah berlaku, gagal dilaksanak­an.

“Bagi memantapka­n rangka kerja ini, CSM turut menyediaka­n pemusatan informasi, iaitu semua maklumat dimasukkan secara digital ke dalam pelayar komputer.

“Selain insiden kamera IP, pengguna juga boleh melihat statistik serangan ‘malware’ serta aktiviti lain, lokasi penyerang dan dokumen yang sudah dijangkiti pada masa sebenar,” katanya.

Masalah utama adalah apabila pemilik premis, khususnya yang diklasifik­asikan premis strategik tidak memiliki sistem kamera IP dengan ruang penyimpana­n data yang besar” Mohammad Zaharudin Ahmad Darus, Pakar Biometrik Bertauliah CSM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia