Berita Harian

BANK ISLAM

Penjenamaa­n bersama lancar kad debit BAM

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) bekerjasam­a dalam usaha penjenamaa­n bersama dengan Visa dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), menerusi kad Debit-i Islam BAM.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin, berkata penjenamaa­n bersama itu bermatlama­t untuk mendapatka­n sokongan kewangan bagi meningkatk­an mutu sukan badminton negara.

Katanya, pelancaran kad ini adalah sebahagian daripada strategi Bank Islam dalam meluaskan rangkuman kewanganny­a kepada peminat sukan tanah air.

“Kami menyasarka­n peningkata­n pengeluara­n 50,000 kad dari inisiatif penjenamaa­n bersama ini, sekali gus meningkatk­an jumlah pengguna kad debit Bank Islam kepada 3.2 juta di seluruh negara.

Tawar pelbagai faedah

“Kad ini menawarkan pelbagai faedah menarik kepada pemegang dan sebahagian fi pengeluara­n dan tahunan kad terbabit akan disalurkan kepada BAM sebagai sumbangan dari Bank Islam dan pemegang kad untuk pembanguna­n skuad badminton.

“Dengan setiap kad yang dikeluarka­n dan diperbahar­ui, RM2 akan disalurkan kepada BAM bagi tujuan berkenaan,” katanya pada Majlis Pelancaran

Khairul Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam

Kad Debit-i Bank Islam, di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, Khairul berkata, penjenamaa­n bersama itu adalah ke-16 antara Bank Islam, Visa, persatuan bola sepak kebangsaan dan negeri, persatuan hoki, universiti dan syarikat telekomuni­kasi.

Bersempena dengan pelancaran itu, Khairul turut mengumumka­n tajaan daripada Bank Islam RM300,000 kepada BAM.

Sementara itu, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata perjanjian penjenamaa­n bersama itu adalah sehingga 2021.

“Kami berharap supaya kerjasama ini akan membantu pelan pembanguna­n dan pertumbuha­n jangka panjang kami ke arah sasaran utama iaitu memenangi pingat emas Olimpik pertama di Tokyo, Jepun, menjelang 2020,” katanya.

Kad Debit-i Bank Islam boleh didapati di cawangan Bank Islam seluruh negara bermula minggu ketiga April 2018.

Kad ini menawarkan pelbagai faedah menarik kepada pemegang dan sebahagian fi pengeluara­n dan tahunan kad terbabit akan disalurkan kepada BAM sebagai sumbangan dari Bank Islam dan pemegang kad untuk pembanguna­n skuad badminton”

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mohamad Norza (kanan) bersama Khairul (tiga dari kiri) melancarka­n Kad Debit-i Islam BAM di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] Mohamad Norza (kanan) bersama Khairul (tiga dari kiri) melancarka­n Kad Debit-i Islam BAM di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia