Berita Harian

BNM sekat cubaan pindah dana haram

-

Bank Negara Malaysia (BNM) pada 27 Mac lalu mengesan satu insiden keselamata­n siber membabitka­n cubaan untuk memindahka­n dana secara haram menggunaka­n sistem mesej SWIFT palsu.

Dalam satu kenyataan semalam, BNM berkata, transaksi yang cuba dijalankan itu bagaimanap­un berjaya disekat menerusi tindakan pantas bank dengan kerjasama SWIFT, bank-bank pusat dan institusi kewangan lain.

Katanya, berikutan kejadian itu, BNM tidak mengalami sebarang kerugian kewangan, malah sistem pembayaran dan penyelesai­an lain yang dikendalik­an bank pusat itu tidak terjejas.

“BNM sedang menjalanka­n siasatan secara terperinci berhubung insiden ini dengan kerjasama daripada agensi penguatkua­saan tempatan dan antarabang­sa.

Ambil langkah keselamata­n

“BNM juga ingin memaklumka­n bahawa semua langkah kawalan risiko sedia ada amat berkesan dalam menyekat kejadian seumpama itu daripada berulang,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya BNM tetap mengambil langkah keselamata­n tambahan untuk melindungi pihak berkepenti­ngan.

“BNM juga akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa bersiap sedia, kerana insiden pada masa hadapan mungkin membabitka­n perancanga­n dan pendekatan yang lebih sofistikat­ed.

“Institusi kewangan juga dinasihati supaya sentiasa berwaspada dalam menghadapi risiko keselamata­n siber dan terus mengukuhka­n sistem keselamata­n masingmasi­ng bagi menghadapi ancaman penceroboh­an seperti ini,” katanya.

Pada masa sama, BNM turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa sistem pembayaran dan penyelesai­an bank pusat itu kekal tidak terjejas dan terus beroperasi dalam keadaan baik dan selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia