Berita Harian

Jualan jana aliran tunai

Pembeli tawar harga menarik hasilkan pulangan baik

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini dan Nabil Basaruddin

membuat pelaburan semula dalam aset hartanah global yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumka­n agihan pendapatan lima dananya di Kuala Lumpur, semalam.

Ejen hartanah United Kingdom (UK), Costar pada September tahun lalu menjangka nilai bagi hartanah berkenaan adalah sekitar 190 juta pound sterling (RM1.036 bilion).

Hartanah mewah itu dibeli oleh PNB pada 2014 dengan harga 140 juta pound sterling.

Tak rancang jual semua hartanah

Mengulas lanjut, Abdul Wahid berkata strategi pelaburan hartanah yang dibuat PNB adalah dengan melabur untuk mendapatka­n pulangan baik.

“Apabila pasaran bertambah baik, sebagai contoh dagangan saham semakin meningkat, kami akan mula mencari peluang untuk keluar daripada pelaburan itu.

“Bagaimanap­un, PNB tidak merancang untuk menjual semua hartanah yang kami miliki kerana ada yang mahu kami kekalkan berikutan pulanganny­a yang mapan,” katanya.

Sebelum ini, PNB mempunyai lima hartanah di London dan dengan penjualan 90 High Holborn, masih ada empat lagi hartanah yang dimilikiny­a di bandar raya berkenaan.

Hartanah lain milik PNB di London termasuk Milton & Shire Houses di Silk Street, One Exchange Square, Aviation House di Kingsway dan PNB House.

Abdul Wahid berkata keputusan untuk menjual atau mengekalka­n pegangan hartanah dibuat bergantung kepada permintaan sewaan.

“Ada antara bangunan yang kami miliki mempunyai penyewa yang amat berkualiti dan menghasilk­an pulangan yang menarik.

“Bagaimanap­un, dari semasa ke semasa, jika ada pihak yang datang kepada kami dengan tawaran yang lebih baik, kami akan sentiasa membuka ruang untuk pertimbang­an,” katanya.

Bangunan pejabat 90 High Holborn terletak di Midtown, di tengah bandar raya London.

 ??  ?? Hartanah pejabat premium 90 High Holborn milik PNB di pusat bandar raya London.
Hartanah pejabat premium 90 High Holborn milik PNB di pusat bandar raya London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia