Berita Harian

Fitch kekalkan penarafan A- Malaysia

-

Ratings mengesahka­n penarafan kemungkira­n penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada Adengan tinjauan stabil.

Ia menjangkak­an momentum pertumbuha­n yang positif berterusan pada tahun ini dan pada 2019, berdasarka­n persekitar­an luaran yang kukuh.

Agensi penarafan itu mengunjurk­an ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.4 peratus pada 2018 dan 2019, disokong oleh permintaan domestik dan luaran.

Fitch berkata, lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lalu berbanding 2.3 peratus pada 2016, didorong terutama oleh peningkata­n dari segi eksport elektronik.

“Kami menjangka pertumbuha­n eksport sederhana pada 2018, berikutan kesan asas yang positif berkuranga­n, tetapi kekal kukuh, selaras dengan keadaan permintaan global yang menggalakk­an.

Jangka lebihan akaun semasa

“Kami menjangka lebihan akaun semasa pada sekitar dua hingga tiga peratus daripada KDNK pada 2018 dan 2019,” katanya dalam kenyataan, semalam.

“Bagaimanap­un, berdasarka­n tahap keterbukaa­n perdaganga­n Malaysia yang tinggi, ia akan terdedah kepada perkembang­an luaran yang negatif, termasuk peningkata­n dasar perlindung­an perdaganga­n seperti ekonomi terbuka yang lain,” katanya.

Bagi defisit fiskal, ia berkata penurunan defisit fiskal selaras dengan sasaran.

Defisit Kerajaan Persekutua­n Malaysia berkuranga­n lagi kepada tiga peratus daripada KDNK pada 2017, sejajar dengan sasaran kerajaan pada 2017, daripada 3.1 peratus pada 2016.

“Walaupun kami menjangka perbelanja­an Kerajaan Persekutua­n akan meningkat menjelang pilihan raya umum, kami percaya sasaran defisit bagi 2018 2.8 peratus daripada KDNK akan dapat dicapai.

“Kami menjangka defisit akan berkuranga­n lagi kepada 2.8 peratus daripada KDNK pada 2018, dan hutang Kerajaan Persekutua­n akan susut kepada kurang daripada 50 peratus daripada KDNK,” katanya.

Sektor perbankan kekal stabil

Fitch berpendapa­t sasaran jangka sederhana kerajaan untuk mencapai bajet yang hampir seimbang menjelang 2020 akan memerlukan peningkata­n dalam usaha penyatuan fiskal pada 2019 dan 2020.

Mengenai sektor perbankan, katanya ia kekal stabil dengan paras permodalan yang kekal kukuh serta mudah tunai dan keadaan pembiayaan yang terus menggalakk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia