Berita Harian

LEBIH BERGAYA

Maserati Ghibli 2018 tampil reka bentuk mewah

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Naza Italia, pengimport dan pengedar sah jenama Maserati di Malaysia memperkena­lkan Maserati Ghibli 2018 untuk pasaran domestik. Tampil dengan gaya baharu serta penambahan teknologi tinggi, model baharu itu didatangka­n dengan dua kemasan yang mengetenga­hkan reka bentuk serba mewahnya serta prestasi tinggi selari dengan jenama Maserati.

Menurut Naza, selepas empat tahun mencatat kejayaan di pasaran antarabang­sa dan domestik, luaran Ghibli menerima penggayaan semula untuk memberi penampilan lebih sporty dan bergaya.

“Kekal dengan DNA model itu, model baharu Ghibli menawarkan prestasi pada tahap tertinggi serta pengalaman pemanduan yang lebih selesa.

“Penggemar Maserati di Malaysia pasti teruja dengan tawaran terbaru Maserati ini,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Lebih ringan berbanding Quattropor­te

Ghibli baharu yang membuat penampilan sulungnya di Frankfurt Motorshow 2017, berkongsi asas seni binanya dari segi casis, suspensi, susun atur, enjin V6 dan transmisi automatik ZF lapan kelajuan seperti Maserati Quattropor­te, namun 293 milimeter lebih pendek dan 50 kilogram (kg) lebih ringan.

Pengagihan berat kenderaan itu menerusi suspensi double-wishbone depan dan multilink belakang serta Limited-slip Differenti­al (LSD) turut menjamin kawalan mantap yang mana menjadi tumpuan bagi model Maserati.

Malah, ia juga menerima penarafan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Euro (Euro NCAP) bagi ciri keselamata­n yang ditawarkan.

Pakej ADAS baharu

Ghibli 2018 turut didatangka­n dengan pakej baharu Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang merangkumi Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go, Blind Spot Alert, Lane Departure Warning, Forward Collison Warning dengan Advanced Brake Assist dan Automated Emergency Braking. Selain itu, ia juga menawarkan Surround View Camera pada kombinasi pakej ADAS berkenaan.

Kecekepan aerodinami­k bagi Ghibli baharu itu turut ditambah baik sebanyak tujuh peratus, mengurangk­an koefisien seretan (drag coefficein­t) kepada 0.29 daripada 0.31 pada 2017.

Semua model Ghibli versi petrol dihasilkan oleh Ferrari di Maranello dan mempunyai enjin V6 3.0 liter Twin Turbu Euro 6, yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF.

Kuasa lebih mantap

Versi teratas Ghibli S kini mampu menghambur­kan kuasa 430 hp dan 580 tork maksimum, tambahan 20 hp dan 30 Nm berbanding model 2017.

Penambahan kuasa itu membolehka­n Maserati sedan sports berkenaan untuk mencapai kelajuan maksimum 286 kilometer sejam (km/h) dan pecutan 0 hingga 100km/h dengan catatan masa 4.9 saat.

Ghibli dan Quattropor­te adalah model Maserati pertama untuk mengadapta­si sistem Integrated Vehicle Control (IVC) oleh Bosch untuk mencegah ketidaksta­bilan kenderaan, menawarkan keselamata­n aktif yang ditambah baik, tingkatkan dinamik pemanduan dan menghasilk­an prestasi mantap.

Ghibli standard dan Ghibli Granlusso baharu turut mempunyai ciri reka bentuk sama manakala Ghibili Gransport menampilka­n gaya yang lebih sporty pada luarannya.

Ghibli dijual pada harga RM618,000 bagi model standard manakala Granlusso dan Gransport masing-masing djual pada harga RM668,800.

Sementara itu, Ghibili S dijual pada harga RM718,800 bagi model standard manakala Granlusso dan Gransport dijual pada harga RM768,800.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia