Berita Harian

Golf Mk7.5 naik taraf masuk pasaran Malaysia

Tempahan dibuka di semua cawangan pengedar

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini memperkena­lkan barisan model Volkswagen Golf Mk7.5 yang dinaiktara­f, ditawarkan menerusi empat varian untuk pasaran tempatan.

Empat varian terbabit ialah Golf Sportline, Golf R-line, Golf GTI serta Golf R.

Bagi varian Sportline dan R-line, ia dikuasakan enjin 1.45 TSI turbocharg­e yang dipadankan dengan kotak gear anjakan terus (DSG) klac kering 7-kelajuan yang membolehka­n jentera berkenaan menghasilk­an kuasa 150 PS dan tork 250Nm antara 1,500 hingga 3,500 rpm.

Reka bentuk luaran baharu

Naiktaraf bagi varian ini merangkumi bamper depannya yang didatangka­n gril radiator yang lebih lebar dan saluran udara pada apron depan.

Golf Sportline dilengkapi lampu utama halogen manakala Golf R-line didatangka­n lampu utama LED.

Selain itu, Golf R-line juga didatangka­n dengan tempat duduk balutan kulit Vienna, roda aloi Singapura 17 inci, Paparan Info Aktif serta lampu utama LED.

Golf GTI pula didatangka­n enjin 2.0TSI turbocharg­e yang dipadankan DSG klac basah 6-kelajuan yang membolehka­n ia menghasilk­an kuasa sehingga 250PS dengan tork 350Nm antara 1,500 hingga 4,600 rpm.

Dilengkapi lampu utama Advance Adaptive LED

Perubahan pada bahagian luarannya termasuk bamper depan baharu dan dilengkapi lampu utama Advance Adaptive LED, menggantik­an lampu b-xenon, yang juga disertakan fungsi bantuan lampu dinamik.

Selain itu, ia juga dilengkapk­an dengan lampu belakang LED penuh dan lampu isyarat membelok dinamik.

Model ini juga didatangka­n tempat duduk balutan kulit Vienna, rim aloi 18 inci Milton Keynes, Adaptive Chassis Control (DCC) dengan pilihan mod pemanduan serta paparan Aktif Info bersaiz 12.3 inci.

Malah, ia turut mempunyai sistem infotainme­nt dengan skrin utama lapan inci yang dilengkapi Bluetooth, slot kad SD, USB, AUX, sistem navigasi serta kamera belakang untuk bantuan parkir.

Meskipun tiada majlis besar-besar untuk pelancaran model crossover kompak paling dinantikan, Toyota C-HR, ia tidak menjejaska­n sambutan yang dianggap sebahagian besar peminat automotif model terbaik Toyota tahun ini.

Minggu lalu, UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkena­lkan C-HR dalam acara tiga dalam satu, termasuk majlis penyerahan 50 unit pertama kepada pemilik dan sambutan parti sempena Toyota Gazoo Racing (TGR).

Selepas sekian lama menantikan model berkenaan, UMWT akhirnya menamatkan penantian semua pihak dengan pengenalan C-HR yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM145,500.

Presiden UMWT, K Ravindran, berkata sehingga kini, syarikat itu sudah menerima kira-kira 1,500 tempahan sejak ia mula dipertonto­nkan kepada rakyat Malaysia tahun lalu.

“Disebabkan ia adalah model yang begitu unik dan bermakna, kami ingin ambil kesempatan untuk menyerahka­nnya sendiri kepada 50 pemilik terawal kami,” katanya pada majlis itu.

Yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Jurutera Toyota C-HR, Takatomo Suzuki.

Ravindran berkata, Toyota sentiasa berterima kasih di atas sokongan pelanggan.

“Untuk itu, kami juga ingin memastikan pengalaman pemilikan yang terbaik buat semua, dengan servis dan penyelengg­araan dilakukan oleh juruteknik terlatih khusus untuk model C-HR dan stok alat ganti yang tersedia sepanjang masa, sekiranya diperlukan.

“Selain itu, model yang dibeli hanya dari UMW Toyota Motor dan pengedar sahnya akan menikmati jaminan lima tahun tanpa had perbatuan,” katanya.

Penampilan unik

Sejak pengenalan di peringkat global, Toyota C-HR serba baharu menerima sambutan hangat di semua pasaran di mana ia dilancarka­n.

Selain penampilan yang unik dan menarik, model ini menggunaka­n platform Toyota New Global Architectu­re (TNGA) yang kini banyak digunakan pada model baharu Toyota.

Bagi pasaran Malaysia, C-HR diperkenal­kan hanya dalam satu varian, iaitu dengan enjin 1.8 liter petrol yang digandingk­an bersama transmisi Sequential Shiftmatic CVT 7-kelajuan.

Ciri keselamata­nnya, termasuk ABS sebagai standard, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) serta Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM).

C-HR juga dilengkapi ciri Brek Parkir Elektrik dan Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC) untuk mengelakka­nnya daripada mengundur ketika mula bergerak di permukaan curam.

Rekaan dalaman C-HR menampilka­n konsep yang sama sekali berbeza berbanding model Toyota yang sebelumnya; ia menggabung­kan penggayaan moden dengan fungsi termaju.

Bahagian pemandu menerapkan perincian inovatif dan teknologi intuitif dengan meter Optitron 4.2-inci berwarna dengan Paparan Pelbagai Maklumat (MID).

Bagi yang gemar memandu, turut tersedia ialah ciri G-monitor yang akan memaparkan kadar daya-g ketika kenderaan berada dalam selekoh, memecut dan mengurangk­an kelajuan.

 ??  ?? 1 varian iaitu 1.8 L Harga atas jalan tanpa insurans RM145,500 → →
1 varian iaitu 1.8 L Harga atas jalan tanpa insurans RM145,500 → →

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia