Berita Harian

Gaya lebih tampak sporty, prestasi mantap

-

Seperti varian Sportsline, Golf GTI 2018 dilengkapi tujuh beg udara Sistem Proactive Occupant Protection dan ESC, iaitu sistem untuk melindungi penumpang sekiranya ia mengesan potensi kemalangan.

Bagi varian yang paling berkuasa, Golf R tampil dengan enjin 2.0TSI turbocharg­e baharu dengan padanan DSG klac basah 7-kelajuan.

Ia sekali gus mampu menghasilk­an kuasa sehingga 290PS dan tork 380Nm antara 2,000 hingga 5,400 rpm yang disumbangk­an menerusi sistem panduan semua roda 4MOTION.

Hasilnya, ia mampu mencapai kelajuan maksimum 250 kilometer sejam (km/j) yang dihadkan secara elektrik serta mencatat pecutan 0 hingga 100 km/h hanya 5.1 saat.

Penggayaan semula

Pembaharua­n bagi Golf R 2018 merangkumi penggayaan semula pada bahagian depannya seperti bamper baharu, reka bentuk gril dan lampu utama LED Advanced Adaptive bantuan lampu dinamik.

Selain itu, ia juga dipasangka­n lampu belakang LED serta rim aloi 19 inci Pretoria Black dan profil tayar 235/35.

Di bahagian dalamannya, Golf R didatangka­n tempat duduk balutan kulit Vienna R, dan stereng sports R dengan paddle shifters, dan pedal tahan karat.

Golf R dinaiktara­f juga didatangka­n DCC, sistem Air Care dual-zone climatroni­c, Paparan Aktif Info 12.3 inci, sistem infotainme­n, dan sistem audio lapan speaker, 10 gigabait (gb) jukebox serta ciri kesalinghu­bungan App-connect, dan kamera pandang belakang.

Golf Sportline dijual pada RM155,990, R-line (RM169,990), GTI (RM239,990) dan RM295,990 bagi Golf R. Menurut VPCM, pra tempahan kini dibuka di semua pengedar Volkswagen seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia