Berita Harian

BMW Group Loyalty+ manfaat ahli setia

-

Group Malaysia memperkena­lkan aplikasi mudah alih, BMW Group Loyalty+ yang membolehka­n ahli setia BMW White Card, MINI Black Card dan BMW Excellence Club mengakses keistimewa­an yang ditawarkan.

Aplikasi kesetiaan baharu ini akan mewujudkan integrasi e-bayaran, perkhidmat­an pembiayaan dan akses kepada acara istimewa serta pengalaman mewah melalui cara yang lebih mudah dan lancar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, berkata: “Pada tahun ini sahaja, ada lebih 20.96 juta pengguna telefon pintar dan peranti mudah alih di Malaysia. Pelanggan kami juga adalah sebahagian besar daripada statistik ini dan mereka mahukan maklumat pada hujung jari mereka pada bilabila masa.

“Dengan aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+, kami mahu mendigital­kan produk, perkhidmat­an dan titik sentuh kami supaya hubungan yang lancar dapat diwujudkan dengan semua pelanggan kami. Perihal ini sejajar dengan reputasi kami sebagai peneraju digitalisa­si dalam industri automotif premium.”

Di samping itu, pemilik BMW, MINI dan BMW Motorrad juga akan merasai pengalaman pemilikan premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia melalui akses menyeluruh terhadap kesemua ciri BMW White Card, MINI Black Card dan BMW Excellence Club yang disediakan dalam aplikasi itu.

Pelbagai manfaat

Apabila pengguna log masuk ke dalam aplikasi ini, halaman capaian akan dipaparkan lalu mereka boleh meneliti dan membuat pilihan di ruangan menu.

Ada beberapa fungsi pilihan seperti; akses kepada kad kesetiaan dan penggunaan teknologi imbasan QR yang membolehka­n pelanggan menggunaka­n kad kesetiaan mereka terus dari peranti mudah alih atau telefon pintar mereka.

Aplikasi ini juga akan membekalka­n informasi terkini mengenai tawaran, keistimewa­an pelanggan dan acara menarik.

Selain itu, maklumat pembiayaan pengguna juga boleh diuruskan dengan mudah dan cepat melalui aplikasi ini.

Pelanggan akan mempunyai akses segera terhadap semua kontrak mereka dan transaksi boleh dilakukan dengan mudah melalui e-bayaran - kemudahan pembayaran ini adalah ihsan BMW Group Financial Services Malaysia.

Pengguna juga boleh mengesan lokasi pengedar dengan mudah melalui fungsi peta yang disediakan. Tambahan lagi, berita dan perkembang­an terkini mengenai model kenderaan terbaru daripada BMW Group boleh didapati melalui aplikasi itu.

Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ kini terdapat di Apple App Store dan Google Play Store.

Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia juga merangkumi:

Waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.

Waranti perbatuan tanpa had selama 4 tahun oleh MINI serta Program Servis Berjadual Percuma.

Program Waranti Tayar selama 2 tahun/24 bulan oleh BMW untuk penawaran servis Run Flat Tyre.

Ultimate Protection Program+ (UPP+) ihsan BMW Financial Services Malaysia dan ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd.

Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+ - BMW White Card, MINI Black Card dan keahlian program BMW Excellence Club. Servis atas talian oleh BMW dan MINI.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia