Berita Harian

Forester XT ternyata praktikal

Pengecas turbo jadikan SUV Subaru lebih berkuasa

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

kereta berada pada keadaan pegun, mahu pun ketika pemandu cuba memecut untuk memotong kenderaan lain.

Apa yang ditampilka­n Forester XT sangat berbeza berbanding varian 2.0i-p dan 2.0i-s, kerana tidak hanya kuasanya beberapa penambahba­ikan ditawarkan menerusi varian tertinggi itu.

Sudah pasti harganya juga berbeza kerana Forester XT ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM211,729.20, berbanding RM152,368.00 (2.0i), RM161,908 (2.0ip) dan RM168,268 (2.0i-s)

Menggunaka­n enjin 4-silinder Horizontal­ly Opposed, 16-injap pengecas turbo, Forester XT menawarkan kuasa 241PS, jauh lebih tinggi daripada 2.0i dan 2.0i-p iaitu 150PS.

Daya tork kemuncakny­a juga sangat menarik iaitu 350Nm berbanding 2.0i dan 2.i-p iaitu 198Nm sahaja.

Dengan berat, panjang, kapasiti enjin dan beberapa fungsi lain adalah sama, namun kuasa yang ditawarkan Forester XT melampaui semuanya seterusnya memberikan kepuasan terbaik kepada pemandu.

Diperkasa X-mode

Forester XT adalah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang selesa, dengan penukaran gear juga lancar kerana ia menggunaka­n sistem CVT automatik.

Dengan kehadiran X-mode, ia memberikan kuasa tambahan kepada penulis ketika memandu uji di off-road.

Sistem ini cukup mudah. Dengan menekan satu butang sahaja, Forester XT akan bersedia untuk mengatasi segala cabaran.

Menuruni bukit curam dalam X-mode ini begitu bersahaja bagi pemandu kerana tanpa perlu mengawal brek atau pedal minyak, kenderaan akan turun perlahan-lahan dengan selamat.

Sehubungan itu, pemilik Forester tidak perlu takut apabila berhadapan dengan keadaan permukaan yang mencabar kerana X-mode akan sentiasa membantu memastikan perjalanan anda tidak akan terganggu.

Selain X-mode, Forester XT ini turut dilengkapi dengan pilihan beberapa mod pemanduan seperti i, S dan S# di mana setiap mod ini mempunyai watak dan gaya pemanduan yang berbeza.

Ketika menggunaka­n mod pemanduan i, Forester amat mudah dikendalik­an kerana stereng menjadi ringan manakala kuasa yang dihasilkan ketika memijak pedal minyak tetap memuaskan.

Serba kelainan

Selepas menekan butang S# watak Forester XT ini bertukar menjadi agresif kerana kuasa yang disalurkan daripada enjin kepada roda sangat responsif di mana ia tidak mengambil masa lama untuk mencecah kelajuan 230 kilometer sejam (km/j).

Mod S# juga sesuai digunakan ketika menggunaka­n laluan berselekoh kerana stereng akan menjadi sedikit berat dan memberikan keyakinan kepada pemandu.

Dari segi dalaman pula, Subaru XT tampil dengan sedikit berbeza berbanding varian lain, terutama bumbung suria yang sangat besar dan luas dan sistem audio dan pembesar suara Harman Kardon.

Luaran pula, ia hampir sama dengan varian Forester lain, jadi jika anda mencari SUV yang perkasa dari segi luaran dan dalaman, pastinya XT adalah pilihan tepat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Menggunaka­n enjin 4-silinder Horizontal­ly Opposed, 16-injap pengecas turbo.
Menggunaka­n enjin 4-silinder Horizontal­ly Opposed, 16-injap pengecas turbo.
 ??  ??
 ??  ?? Hiasan dalaman yang elegan.
Hiasan dalaman yang elegan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia