Berita Harian

Karnival One SSM galak daftar perniagaan

Platform pengusaha dapatkan pembiayaan, tingkat pemasaran produk

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Karnival Usahawan Perangkaia­n Dalam Talian (ONE) selama tiga hari yang bermula hari ini, bertujuan membantu peniaga konvension­al dan atas talian meningkatk­an kesedaran untuk mendaftar dan menjalanka­n perniagaan mengikut undang-undang.

Program anjuran Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) itu yang akan berlangsun­g di CITYONE Megamall di sini, dijangka dihadiri 20,000 pengunjung.

Menurut kenyataan SSM, karnival berkenaan adalah yang ketiga dianjurkan oleh SSM di negeri ini dengan kali terakhir pada 2016 juga di lokasi yang sama.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dijadual melancarka­n karnival itu esok. Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dijangka hadir pada majlis itu.

Tampil pelbagai aktiviti menarik

Sebanyak 80 gerai pameran dan jualan akan dibuka sepanjang karnival itu, selain penampilan usahawan dalam bidang keusahawan­an.

“SSM juga akan menampilka­n beberapa selebriti usahawan terkenal untuk berkongsi kisah kejayaan dan pengalaman mereka menguruska­n perniagaan mereka,” kata kenyataan itu yang dikeluarka­n sempena majlis Prapelanca­ran Karnival One SSM di sini, semalam.

Prapelanca­ran itu disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Yang turut hadir, Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan, Datuk Naroden Majais; Menteri Muda Industri dan Pelaburan, Malcom Mussen Lamoh dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat, Abdullah Saidol serta Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner.

Cenderamat­a khas kepada pengunjung

Sempena karnival itu, SSM menyediaka­n beg cenderahat­i percuma setiap hari kepada 1,000 orang pengunjung terawal yang mendaftark­an diri di kaunter pendaftara­n yang disediakan di tapak program.

Pengunjung bertuah bakal memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal di samping hadiah-hadiah menarik lain yang disediakan oleh SSM.

Sementara itu, Awang Tengah berkata pengusaha, khususnya dari Sarawak yang mendaftar dengan SSM mempunyai kelebihan dari segi mendapatka­n bantuan daripada agensi kerajaan dalam bentuk geran bagi memulakan perniagaan.

Katanya, pengusaha boleh meningkatk­an lagi pemasaran produk mereka supaya tidak hanya tertumpu dalam pasaran dalam negeri.

“Rebutlah peluang keemasan ini bagi meningkatk­an pendapatan kerana karnival ini juga menyediaka­n kemudahan pembanguna­n perniagaan seperti pembiayaan keusahawan­an,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] ?? Awang Tengah (tengah) bersama Zahrah, Naroden (kiri), Abdullah (dua dari kanan) dan Malcom Mussen (kanan) pada sidang media Prapelanca­ran Karnival One SSM di Kuching, semalam.
[FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] Awang Tengah (tengah) bersama Zahrah, Naroden (kiri), Abdullah (dua dari kanan) dan Malcom Mussen (kanan) pada sidang media Prapelanca­ran Karnival One SSM di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia