Berita Harian

Pepsi Black tanpa kalori

Resipi baharu janji penuhi cita rasa penggemar

- Oleh Haryani Ngah

Minuman terkenal di dunia, Pepsi memperkena­lkan rasa minuman kola dinanti iaitu Pepsi Black dengan rasa lebih berani tanpa kalori.

Minuman terbaru ini menjanjika­n kenikmatan rasa yang pasti memenuhi cita rasa peminat Pepsi.

Walaupun disediakan tanpa kalori, pengeluarn­ya tidak berkomprom­i dalam rasanya. Pelanggan masih dapat terus menikmati minuman kegemaran jenama Pepsi pada rasa yang sama sekalipun ia bukan minuman berkalori.

Produk inovatif dan minuman untuk masa depan ini boleh didapati di kedai runcit seluruh negara dan ia dibangunka­n bagi mengubah sentimen masyarakat terhadap minuman berkarbona­t.

Kekal kelazatan kola

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuba­n T Sundaram berkata, Pepsi mahu semua rakyat Malaysia menikmati ‘Rasa Minuman yang Dinanti’ menerusi kempen terbarunya.

“Kemajuan dalam penyelidik­an dan teknologi membolehka­n penciptaan resipi dan formula yang dapat mengekalka­n kelazatan dan menghasilk­an produk kola yang lebih baik untuk dinikmati tanpa kalori.

“Pepsi terbaru ini juga mendapat kelulusan Pilihan Sihat yang diberikan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM). Logo Pilihan Sihat ini memberi pilihan kepada pelanggan memilih sajian yang tetap dan ia sangat penting untuk pelanggan,” katanya.

Untuk memeriahka­n lagi pelancaran­nya, Etika membina satu paparan besar bagi menarik perhatian peminat Pepsi di Wisma Damansara, Jalan Semantan.

Paparan itu turut disertakan perakam waktu yang merakam masa menjelang pelancaran, penyejuk yang akan direndahka­n suhunya setiap hari sehingga hari ini.

Sebaik perakam waktu mencecah angka kosong, peminat Pepsi akan diberi peluang melakukan aktiviti dan permainan di Wisma Damansara.

Jadilah orang pertama menikmati minuman ini dengan mengikuti aktiviti yang diadakan. Pelanggan boleh menikmati rasa terbaru Pepsi ini sama ada dalam tin 320 mililiter, dalam bentuk pek empat tin atau botol 400ml dan 1.5 liter.

Produk ini boleh didapati di seluruh kedai runcit, pasar raya dan kedai serbaneka.

 ??  ?? Pepsi Black menjanjika­n
Pepsi Black menjanjika­n
 ??  ?? rasa dan kepuasan kepada penggemar.
rasa dan kepuasan kepada penggemar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia