Berita Harian

Putus cinta akhirat lebih parah

-

Membaca buku yang penuh inspirasi dan semangat umpama satu terapi bagi mereka yang pernah atau sedang leka dibuai cinta manusia untuk melihat bagaimana Islam menjaga dan menghalalk­an sesebuah perhubunga­n supaya berada di landasan yang benar.

Buku

mengandung­i 11 surat yang mengajak pembaca menilai erti cinta bermula dengan surat mengenai jalan terbaik untuk bercinta ialah mendahuluk­an cinta terhadap Allah SWT dan junjungan Nabi Muhammad SAW.

Gaya penulisan cukup sederhana dan santai dalam bentuk perutusan surat daripada seorang sahabat yang ingin membantu, terutama mereka yang sedang kecewa separuh mati akibat putus cinta sehingga hilang semangat untuk meneruskan kehidupan.

Sentuh isu masyarakat

Corak penulisann­ya cukup berhikmah terutama dalam menegur golongan muda yang sering tewas dalam mengenali, menghayati dan meraikan cinta sehingga lupa Allah SWT adalah sebaikbaik tempat untuk meminta pertolonga­n apabila dirundung musibah.

Ia turut menyentuh isu umat Islam hari ini yang terjebak dengan pelbagai gejala sosial, budaya bercinta tanpa mengikut syariat Islam sehingga terlanjur dan membawa kepada lahirnya anak tidak sah taraf.

Akhirnya, mesej yang cuba disampaika­n ialah cinta manusia bukan segalagala­nya kerana hilang cinta si dia tidak seteruk hilang cinta daripada Allah SWT kerana bayangkan keadaan manusia apabila tidak lagi diberi perhatian oleh Pencipta

Nya.

Buku ini mengajak pembaca memikirkan adakah tindakan mereka menghadapi saat putus cinta itu mengikut syariat yang disarankan oleh ajaran agama, tepuk dada tanya iman. Judul: Surat Untuk Orang Yang Putus Cinta

Penulis: Ahmad Adnin Roslan

Penerbit: Sentap Press Sdn Bhd

Harga: RM30

Pengulas:

Latifah Arifin

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia