Berita Harian

Sedia pusat rawatan alternatif percuma

Masjid Al-azhar KUIS utamakan kariah pelajar

- Oleh Latifah Arifin

Masjid Al-azhar Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS) menubuhkan Pusat Rawatan Kecil Darussyifa’ KUIS yang dibuka sejak 2016 yang menyediaka­n rawatan alternatif perubatan Islam kepada jemaahnya.

Dibuka setiap Selasa dan Jumaat mulai jam 9 hingga 11 malam, ia bukan sahaja menjadi tumpuan mahasiswa dan kakitangan KUIS, bahkan turut memberi manfaat kepada masyarakat di sekitarnya.

Setiausaha masjid yang juga perawat di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa’ KUIS, Mohd Nor Hafiz Mohd Unus berkata, perawat di pusat berkenaan dari kalangan kakitangan pentadbira­n, pensyarah dan pelajar KUIS.

Beliau berkata, perawat perlu mengikuti kursus selama setahun dan menerima sijil pengiktira­fan daripada Persatuan Perubatan Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’).

“Jarang masjid institusi menawarkan perkhidmat­an rawatan alternatif Islam seperti ini yang tidak mengenakan sebarang caj kepada pesakit. Namun, mereka boleh memberi sumbangan ikhlas untuk pembanguna­n pusat.

“Bukan sahaja sakit kerohanian seperti histeria atau gangguan misteri, pusat rawatan ini turut dibuka untuk sakit jasmani seperti demam dengan membacakan ayat al-quran, selawat syifa dan mengajar pesakit amalan doa yang bersesuaia­n untuk dijadikan rutin bacaan,” katanya.

Pembabitan mahasiswa

Sementara itu, Nazir Masjid AlAzhar KUIS, Dr Saifulah Samsudin, berkata selain menumpukan keperluan masyarakat, fokus utama masjid adalah mendahuluk­an mahasiswa sebagai kumpulan jemaah majoriti di sini.

Sehubungan itu, pengurusan masjid memberi kelonggara­n kepada mereka untuk melakukan aktiviti berkaitan akademik dan kokurikulu­m, serta membenarka­n mahasiswa berehat, membuat ulangkaji atau bermesyuar­at di dalam kawasan masjid.

“Fungsi masjid institusi agak berbeza dengan masjid kariah kerana perlu berkhidmat untuk golongan mahasiswa. Oleh itu, perancanga­n dan kegiatan banyak tertumpu dalam memenuhi keperluan mereka.

“Mahasiswa juga menjadi penggerak yang mengimarah­kan masjid dan bagi tujuan itu mereka terbabit secara langsung dalam pengurusan seperti menjadi pembantu imam, siak serta pembantu siak yang bertugas mengikut giliran. Mereka juga beri diberi elaun,” katanya.

Menurut Saifulah, di bawah Biro Pemuda Masjid Al-azhar, masjid menubuhkan Al-azhar Members (ALAM) yang memainkan peranan menarik lebih ramai mahasiswa mendekati masjid melalui penganjura­n aktiviti bersifat mesra jiwa orang muda.

Beliau berkata, Komuniti ALAM mempunyai pejabat operasi untuk mengadakan mesyuarat dan perbincang­an aktiviti, selain diberi kepercayaa­n mengendali­kan ruang niaga makanan ringan di dalam kawasan masjid.

Katanya, buat masa ini Masjid Al-azhar KUIS mempunyai perancanga­n untuk menambah baik infrastruk­tur sedia ada antaranya pembinaan dapur lebih kondusif, menukar permaidani di ruang solat bagi keselesaan jemaah sebagai persiapan menjelang Ramadan tidak lama lagi.

 ??  ?? Masjid Al Azhar Kolej Universiti Islam Antarabang­sa. memerlukan.
Masjid Al Azhar Kolej Universiti Islam Antarabang­sa. memerlukan.
 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH ] ?? Memberi rawatan perubatan Darussyifa' kepada pesakit yang
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH ] Memberi rawatan perubatan Darussyifa' kepada pesakit yang
 ??  ?? Mahasiswa melakukan aktiviti kokurikulu­m di Masjid Al-azhar. berkaitan akademik dan
Mahasiswa melakukan aktiviti kokurikulu­m di Masjid Al-azhar. berkaitan akademik dan
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia