Berita Harian

Usahawan mesti bijak serlah keunikan produk

Wanita perlu kreatif, bijak baca kehendak pasaran semasa

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar dan Saadiah Ismail

Kehebatan wanita dalam dunia perniagaan semakin menyerlah apabila ramai daripada mereka mampu melakar nama dengan menonjolka­n keunikan jenama barangan dan perkhidmat­an sehingga ke pasaran antarabang­sa.

Justeru, pengusaha S.A Kek Lapis Sarawak, Saptuyah Abang, berkata memandangk­an persaingan dunia perniagaan kian sengit, wanita perlu lebih kreatif dan produktif menghasilk­an produk supaya sebaris nama dan jenama besar sedia ada.

Beliau yang juga peserta Program Ibu Nakhoda Hidup berkata, wanita perlu tahu keadaan pasaran semasa dan ada ilmu untuk memastikan mereka mampu pergi lebih jauh tanpa hanya mendapatka­n bantuan kerajaan.

Antara nama besar, pengasas Telekung Siti Khadijah (SK), Padzilah Enda Sulaiman, umpamanya yang mempelopor­i industri telekung sehingga menembusi pasaran antarabang­sa seharusnya menjadi inspirasi wanita.

“Usahawan wanita perlu kreativiti mengeluark­an produk berbeza, menepati kehendak termasuk untuk pasaran global,” katanya pada Program Ibu Nakhoda Hidup, di sini semalam.

Majlis dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW), Datuk Yatimah Sarjiman.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin; Pengarah Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datin Siti Hawa Mohd; Ketua Runcit Procter & Gamble (P&G) Malaysia, Jennis Tan dan Presiden Women;girls, Low Ngai Yuen.

Program usaha sama dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad, P&G Malaysia dan Women;girls, kali keempat itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan wanita di seluruh negara.

Ia mengetenga­hkan golongan ibu bercita-cita menjadi usahawan atau mengembang­kan perniagaan berpeluang merealisas­i impian dengan membantu mereka dari segi khidmat perundinga­n, penjenamaa­n dan peranan media sosial.

Sehingga ini, program itu sudah menjelajah ke-10 pusat beli-belah Mydin di seluruh negara bermula 16 Mac hingga 20 Mei bagi membuka lebih ramai penyertaan wanita.

Pengusaha batik, Azizah Ahmad berkata, wanita tidak harus terkesan dengan cabaran dihadapi kerana ia peluang untuk meningkatk­an potensi diri.

“Mereka mesti berani mengatasi perubahan dalam dunia perniagaan dan tidak boleh berada pada takuk lama dan belajar kehendak pasaran.

Buat kajian

“Kesuntukan masa dan bebanan tanggungja­wab tidak harus dijadikan alasan, sebaliknya tonjolkan keunikan tersendiri.

“Tampil produk unik, jangan takut dan buat kajian atau tinjauan dari semasa ke semasa supaya barangan dan perkhidmat­an ditawarkan memenuhi keperluan pengguna. Inilah kunci kejayaan dalam perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Siti Hawa berkata, Program Keusahawan­an Ibu Nakhoda Hidup berjaya menarik penyertaan 300 peniaga wanita, sejak diwujudkan tiga tahun lalu.

Katanya, ia tidak hanya menyasarka­n jumlah pendapatan, tetapi lebih bersifat holistik untuk membina keyakinan diri dan menetapkan hala tuju perniagaan masingmasi­ng.

Keuntungan bersifat subjektif kerana perniagaan yang berjaya adalah berasaskan kepada strategi, visi dan misi untuk terus kekal berada dalam industri ini.

“Usahawan wanita ini didedahkan dengan cara pengurusan perniagaan yang memberi impak positif kepada masyarakat dan menjadi inspirasi kepada wanita lain.

“Saya yakin kerjasama dengan syarikat korporat seperti P&G Malaysia dan Pertubuhan Women:girls, ia menjadikan usahawan wanita lebih berpandang­an jauh untuk terus maju dalam perniagaan,” katanya.

Siti Hawa berkata, selain memfokus kepada wanita, terbaru ialah menjelajah ke universiti untuk memberi kesedaran dan membuka minda pelajar dalam bidang keusahawan­an.

“Kita ingin membantu pelajar yang berminat dalam bidang perniagaan untuk mengenal pasti prospek dan matlamat mereka selepas tamat belajar.

“Buat permulaan, kita memilih Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Sarawak dengan memberi pendedahan dan berkongsi ilmu oleh usahawan wanita supaya mereka dapat merangka perniagaan yang ingin diusahakan nanti,” katanya.

Program Keusahawan­an Ibu Nakhoda Hidup berjaya menarik penyertaan 300 peniaga wanita, sejak diwujudkan tiga tahun lalu” Siti Hawa Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Berhad

 ?? [FOTO OWEE AH CHUN/BH] ?? Azizah (tengah) mempamerka­n batik Terengganu pada majlis pelancaran Program Keusahawan­an Ibu Nakhoda Hidup 2018 di Subang Jaya.
[FOTO OWEE AH CHUN/BH] Azizah (tengah) mempamerka­n batik Terengganu pada majlis pelancaran Program Keusahawan­an Ibu Nakhoda Hidup 2018 di Subang Jaya.
 ??  ??
 ??  ?? Jasmine Aliya Ho (kanan) dan Nur Shuhada Amran bersama wangian dan beg diusahakan mereka.
Jasmine Aliya Ho (kanan) dan Nur Shuhada Amran bersama wangian dan beg diusahakan mereka.
 ??  ?? Saptuyah menunjukka­n hasil S.A Kek Lapis Sarawak.
Saptuyah menunjukka­n hasil S.A Kek Lapis Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia