Berita Harian

KEKAL UNGGUL

Ruth Sahanaya serlah karisma di DFP

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Bukan calang-calang penyanyi mampu menjayakan konsert solo di dewan berprestij, Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP). Selain faktor populariti, kualiti dan karisma dimiliki menjadi kayu pengukur bagi melayakkan mereka beraksi di pentas terunggul.

Antara penyanyi bertuah yang pernah mengadakan konsert di dewan kebanggaan rakyat Malaysia itu adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Zainal Abidin, Datuk Ramli Sarip, Dayang Nurfaizah, Yuna dan Faizal Tahir.

Meneliti nama-nama yang disebutkan, masing-masing mempunyai portfolio yang cukup hebat sepanjang berkecimpu­ng dalam dunia seni.

Justeru, apabila Ruth Sahanaya diundang untuk mengadakan konsert solo, baru-baru ini, usahlah dipersoalk­an mengapa dirinya menjadi pilihan. Tiga dekad bertarung dalam belantara muzik Indonesia, bertaraf diva dan mengumpul peminat yang ramai di Asia Tenggara, tidak hairanlah pemi- lihan Ruth sangat tepat.

Sebagai pemanas badan, Ruth membuka tirai dengan sebuah lagu rancak berjudul Pesta. Tampil dengan busana avant garde rona putih bergemerla­pan, kemunculan­nya di pentas mendapat tepukan gemuruh peminat daripada pelbagai latar belakang dan usia.

Persembaha­n malam itu bukan saja dihiburkan dengan lontaran vokal dan melodi daripada orkestra yang bersatu menghasilk­an bunyi indah, malah menyentuh hati penonton yang leka merentasi masa.

Imbau kenangan

Lagu yang didendangk­an membawa kembali ingatan penonton terhadap kisah suka duka yang pernah dilalui terutama ketika lagu itu mula-mula diperdenga­rkan di corong radio.

Kenangan demi kenangan terus menyapa apabila lagu balada seperti

dan dilantunka­n bintang yang pernah meraih trofi Penyanyi Rakaman Terbaik Anugerah BASF 1989 ini.

Untuk konsert kali ini, kami sangat berhati-hati dalam memilih lagu dan menentukan kedudukann­ya samaadaunt­ukset pertama atau kedua. Ini supaya apabila persembaha­n disambung, rasa teruja penonton masih ada” Ruth Sahanaya

 ??  ??
 ??  ?? Ruth Sahanaya Live at DFP, Memori Merenda Kasih, Keliru, Inginku Miliki Andaikan Kau Datang
Ruth Sahanaya Live at DFP, Memori Merenda Kasih, Keliru, Inginku Miliki Andaikan Kau Datang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia