Berita Harian

Safura bangkit semula

Trauma anak meninggal sukar dilupakan

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Pemergian anak perempuann­ya tujuh tahun lalu membekas luka paling dalam kepada pelakon dan penyanyi, Safura Yaacob. Meninggal dunia pada usia tiga tahun akibat demam panas membuatkan penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu ini hidup berendam air mata.

Bukan hanya meninggalk­an kesan kepada jiwa wanita berusia 45 tahun ini, tetapi pemergian anaknya itu juga membuatkan minat dan keinginan Safura untuk meneruskan langkah kerjaya seni terbantut seketika.

Perlahanla­han, kelibat Safura semakin hilang dari radar dunia hiburan. Lama menghilang­kan diri, Safura bagaimanap­un, kembali mengubat rindu apabila membintang­i drama bersiri Ustazah Pencen sebagai pelakon utama.

Tidak hanya itu, Safura juga akan menjayakan persembaha­n sempena sambutan Hari Ibu pada Mei ini. Ditemui di lokasi penggambar­an drama Ustazah Pencen, Safura yang tetap ramah seperti dahulu berkata, kemunculan semulanya itu bukan bermakna dia mahu kembali aktif kerana keutamaan masih diberikan kepada keluarga.

“Insiden kehilangan anak memberi impak besar kepada diri. Saya jadi trauma dan takut untuk meninggalk­an anak tanpa pengawasan. Saya tidak mahu menyesal jika perkara buruk berlaku.

“Sepanjang lima tahun itu, saya habiskan masa di rumah sambil menjalanka­n perniagaan produk makanan. Bukan tidak ada tawaran yang datang, tetapi saya terpaksa menolak dengan cara baik.

“Ada ketika perasaan rindu untuk kembali menyanyi dan berlakon hadir, tetapi saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan­nya,” kata Safura membuka bicara.

Hebat beraksi

Sebagai pelakon, tiada siapa yang mampu menyangkal kehebatann­ya beraksi di layar kaca mahu pun di pentas teater. Watak Rokiah dalam pementasan Ronggeng Rokiah arahan Dr Anuar Nor Arai membuka mata banyak pihak terhadap kehebatan Safura sebagai insan seni sejati.

Justeru, tidak hairan andai dia masih menjadi buruan produser yang mendambaka­n khidmatnya. Menurut Safura, pernah juga dia cuba kembali ke lokasi penggambar­an, namun ia tidak bertahan lama.

“Ketika itu, saya kerap hilang fokus kerana asyik terkenangk­an anak-anak di rumah menyebabka­n saya terpaksa melupakan bidang itu. Sekarang ini, anak-anak semakin membesar dan saya juga mempunyai masa terluang.

“Bagaimanap­un, ada syarat yang perlu dipersetuj­ui iaitu saya tidak boleh berlakon di luar Kuala Lumpur dan tidak membabitka­n drama yang panjang kerana anakanak masih belajar,” kata isteri kepada pelakon, Shahrolniz­am Nor ini.

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada Januari 2005 dan hasil perkongsia­n hidup selama 13 tahun, mereka dikurniaka­n empat cahaya mata, Nuraisyah Mariam

Safura

(meninggal dunia ketika berusia tiga tahun), Yusoff Firdaus, 9, Zara Nuraisyah, 6, dan Ariana Sofea, 4.

Suami halang sertai program realiti

Tidak dinafikan, ketika zaman kemuncakny­a, Safura adalah antara penyanyi wanita yang dikurniaka­n vokal hebat dan kebanyakan lagu nyanyianny­a menjadi siulan ramai. Kehebatann­ya itu masih diperkatak­an, membuatkan ramai tertanya tidakkah dia berhasrat menyertai program realiti, Gegar Vaganza untuk mengembali­kan ingatan peminat terhadap bakatnya.

Menjawab pertanyaan itu, penyanyi yang menimba pengalaman di kelab malam ini mendedahka­n suaminya pernah menghalang dia menyertai program terbabit.

“Shahrol tidak berapa berkenan jika saya menyertai pertanding­an kerana baginya, saya tidak perlu bertanding dengan sesiapa. Dia juga tidak sanggup mendengar saya dikritik juri. Baginya, tiada siapa boleh mengkritik nyanyian saya.

“Saya tiada masalah kerana itu adat pertanding­an. Saya bersedia terima kritikan kerana sudah begitu konsep pertanding­an,” katanya sambil ketawa.

Tambah Safura lagi, seandainya rezeki tertulis untuk menyertai musim terbaru GV, dia terpaksa memujuk Shahrol untuk meminta izin.

Rai jasa ibu

Mengulas pembabitan­nya dalam majlis Sepetang Bersama Bonda Ratuku bersama dua bintang popular, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Liza Hanim pada 1 Mei ini di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, Safura mengakui teruja dan tidak sabar untuk menghiburk­an mereka yang hadir.

“Ini adalah persembaha­n besar yang akan saya jayakan. Selain menyanyika­n lagu popular, saya juga akan membawa lagu yang menepati konsep persembaha­n untuk meraikan kaum ibu,” ujarnya.

Majlis anjuran MAC Training Centre Sdn Bhd dengan kerjasama Hotel Premiera itu turut dimeriahka­n dengan pertunjuka­n fesyen dan persembaha­n daripada pelajar Ogy Centre Stage & Academy serta cabutan bertuah.

Maklumat untuk menyaksika­n persembaha­n ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang: www.premiera.com.my.

Ada syarat yang perlu dipersetuj­ui iaitu saya tidak boleh berlakon di luar Kuala Lumpur dan tidak membabitka­n drama yang panjang kerana anak-anak masih belajar”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Safura bersama anaknya Yusoff Firdaus, Zara Nuraisyah dan Ariana Sofea.
Safura bersama anaknya Yusoff Firdaus, Zara Nuraisyah dan Ariana Sofea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia