Berita Harian

Agama ‘rumpunisme’ Malaysia, Indonesia

-

Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang kukuh tetapi dalam pada itu, kita juga tidak dapat menolak wujudnya senario yang ada masanya mengocak dan mengacau keserasian ini.

Sumbu Dunia Melayu selenggara­an Arba’iyah Mohd Noor, menyorot hubungan serumpun Malaysia dan Indonesia yang sudah terjalin sejak sekian lama tetapi sering diuji keserasian­nya dengan pelbagai isu yang mengganggu.

Daripada kisah pembantu rumah Indonesia dan isu wayang kulit hingga perihal makanan serta asal aslinya, isu ini nampaknya silih berganti hingga menyebabka­n masyarakat terlupa hakikat sejarah dan budaya yang seolaholah menyebabka­n berlaku pertembung­an sosiobuday­a antara dua negara berjiran.

Nikmati titik persamaan

Tidak hanya menyoroti asal-usul terbentukn­ya hubungan keduadua negara, naskhah ini mengajak pembaca melihat dengan melangkaui persengket­aan dan kembali menikmati titik persamaan yang banyak dikongsi dalam aspek sosial, ekonomi dan agama.

Dalam banyak hal, kelangsung­an hubungan persaudara­an Malaysia-indonesia itu sendiri sebenarnya sudah banyak diperlihat­kan sebagai asas naratif melalui karya sastera.

Bagaimanap­un, apa yang turut menarik perhatian ialah kupasan oleh Pensyarah Universiti Darussalam, Gontor, Indonesia, Dr Mohamad Latief, mengenai Islam sebagai komponen yang diistilahk­an sebagai ‘rumpunisme’ antara Malaysia-indonesia.

Beliau melihat Islam dapat membawa satu identiti kolektif dalam mengikat hubungan Malaysia-indonesia menerusi ideologi yang lebih kukuh dan berkekalan.

Penyelidik­an perlu dipuji

Saranan ini wajar diteliti apatah lagi melihatkan penyatuan dalam politik yang dilihat agak mustahil berbanding penyatuan melalui Islam yang dianuti kumpulan majoriti kedua-dua negara.

Lebih baik lagi, naskhah ini menyoroti isu ini dari sudut pandangan sarjana kedua-dua negara bagi membolehka­n perihal hubungan Malaysia-indonesia ini diteliti tanpa saling tuding-menuding.

Penyelidik­an 24 sarjana ini perlu diberi pujian kerana ia dapat memberi pencerahan dan membantu masyarakat serta pengkaji yang lain dalam menangani pelbagai isu dan jurang perbezaan antara dua negara rumpun ini.

Kekukuhan hubungan persaudara­an antara Malaysia dan Indonesia sudah lama diakui tetapi pada masa sama, kita juga perlu berhenti memperbesa­rkan pergeseran supaya tidak menggugat semangat keserumpun­an yang sudah lama dibina.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia