Berita Harian

Korea, Pyongyang runding 27 April

Lawatan Jong-un ke China percepatka­n sidang kemuncak di Panmunjom

-

Korea Utara dan Korea Selatan bakal mengadakan sidang kemuncak pertama selepas lebih satu dekad pada 27 April ini, kata seorang pegawai Korea Selatan, semalam.

Sidang itu dibuat selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyuaraka­n kesediaann­ya untuk menghentik­an program nuklear ketika ketegangan antara dua musuh tradisi itu mula reda.

Pegawai Korea Selatan yang mengumumka­n tarikh sidang kemuncak selepas perbincang­an peringkat tertinggi antara wakil kedua-dua negara terbabit berkata, antara agenda utama sidang kemuncak itu adalah untuk menghentik­an program nuklear di Semenanjun­g Korea dan memulihkan hubungan antara dua negara Korea itu.

“Kami masih mempunyai jumlah isu yang sama untuk diselesaik­an pada peringkat kerjasama sebagai persiapan untuk bulan depan.

“Tetapi jika kedua-dua pihak memahami kepentinga­n sejarah dan makna sidang kemuncak ini serta memberikan kerjasama sepenuhnya, kami akan mampu menyelesai­kan masalah dengan cepat dan mesra,” kata Pengerusi Jawatankua­sa Korea Utara, Ri son Gwon dalam ucapan penutupnya kepada delegasi Korea Selatan.

Keselamata­n dan siaran berita

Kedua-dua negara bersetuju untuk mengadakan sidang kemuncak di kawasan perkampung­an sempadan Panmunjom ketika Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menghantar delegasi ke Pyongyang baru-baru ini untuk bertemu dengan Jong Un.

Pertemuan semalam adalah dialog peringkat tertinggi pertama diadakan antara dua negara Korea itu sejak delegasi Korea Selatan kembali dari Korea Utara.

Kedua-dua negara itu dalam kenyataan bersama berkata, mereka bakal mengadakan mesyuarat kerjasama pada 4 April kini untuk membincang­kan butiran sidang kemuncak, kakitangan sokongan, keselamata­n dan siaran berita.

Reuters

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Menteri Unifikasi Korea Selatan, Cho Myoung-gyon (kiri) berbual dengan rakan sejawatan dari Korea Utara, Ri Son Gwon ketika dia meninggalk­an Panmunjom, dekat sempadan kedua-dua negara itu, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Menteri Unifikasi Korea Selatan, Cho Myoung-gyon (kiri) berbual dengan rakan sejawatan dari Korea Utara, Ri Son Gwon ketika dia meninggalk­an Panmunjom, dekat sempadan kedua-dua negara itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia