Berita Harian

68 banduan penjara terbakar

-

Rusuhan dan kebakaran dalam penjara di balai polis Venezuela di bahagian tengah bandar raya Valencia mengakibat­kan 68 orang terkorban.

Anggota keluarga yang menunggu perkhabara­n dari luar balai berkenaan diusir menggunaka­n gas pemedih mata manakala pihak berkuasa tidak memberi sebarang maklumat sehingga lewat petang kelmarin.

“Pejabat Pendakwa Raya Negeri memberi jaminan akan melakukan siasatan mendalam bagi menjelaska­n apa yang sebenarnya berlaku dalam insiden menyayat hati itu hingga menyebabka­n puluhan keluarga Venezuela berkabung,” kata Ketua Pendakwa Raya, Tarek William Saab dalam akaun Twitter.

Penjara Venezuela yang terkenal sesak dan dipenuhi senjata, dadah serta rusuhan sehingga menyebabka­n puluhan mati bukanlah perkara yang luar biasa.

Penduduk Carabobo berkabung

Pegawai Negeri, Jesus Santander berkata, penduduk Carabobo sedang berkabung selepas insi- den di bandar Valencia itu dan doktor forensik sedang menentukan jumlah sebenar kematian.

Patuhi undang-undang

Kebanyakan penjara di Venezuela tidak mematuhi undang-undang dan wujud sejak berdekad lalu. Banduan bebas menggunaka­n senjata automatik, bom tangan, dadah dan lebih berkuasa dari pengawal penjara.

“Ada tahanan yang hidup di penjara bawah tanah dan pihak berkuasa tidak tahu mereka wujud kerana tidak berani masuk,” kata Humberto Prado, aktivis hak penjara tempatan.

 ??  ?? Sekumpulan saudara kepada banduan hadir membuat bantahan di hadapan barisan anggota polis di Carabobo, Valencia, kelmarin.
Sekumpulan saudara kepada banduan hadir membuat bantahan di hadapan barisan anggota polis di Carabobo, Valencia, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia