Berita Harian

Sisi menang pilihan raya Mesir

-

Kaherah: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-sisi, dipilih semula memegang jawatan itu untuk penggal kedua dengan memperoleh 92 peratus undian, lapor media, semalam merujuk keputusan pengiraan awal.

Kira-kira 23 juta daripada 60 juta pengundi berdaftar keluar menunaikan tanggungja­wab masingmasi­ng sepanjang tiga hari proses pengundian yang berakhir semalam, menurut laporan akhbar Al-ahram dan Akhbar elyoum serta agensi berita rasmi MENA.

Beri cabaran

Menurut Al-ahram, selain 23 juta yang mengundi, dua juta lagi melakukan undi rosak, dengan memasukkan nama calon yang bukan dalam kalangan dua yang diluluskan.

Pencabar tunggal Sisi yang kurang dikenali, Moussa Mostafa Moussa, yang juga penyokong presiden, yang mendaftar segera sebelum tarikh tutup pencalonan, menyelamat­kan pilihan raya itu daripada kemenangan calon tanpa bertanding.

Sementara calon lain, yang lebih memberi cabaran tidak dibenarkan bertanding, ditahan atau menarik diri.

Sisi, yang menyingkir­kan presiden Mesir pertama dipilih secara bebas, Mohamed Morsi, selepas bantahan besar-besaran pada 2013, menang penggal pertama pada 2014 dengan 96.9 peratus undian.

Jumlah yang keluar mengundi mencecah 47 peratus tahun berkenaan lebih tinggi berbanding tahun ini dengan 40 peratus walaupun Sisi merayu pengundi menunaikan tanggungja­wab mereka.

Mereka yang memulaukan proses itu tanpa mengemukak­an alasan munasabah berhadapan denda sehingga 500 pound Mesir (RM104).

 ??  ?? Abdel Fattah al-sisi berjaya pertahanka­n jawatan.
Abdel Fattah al-sisi berjaya pertahanka­n jawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia