Berita Harian

Malala pulang ke Pakistan secara rahsia

-

Penerima Hadiah Nobel Keamanan, Malala Yousafzai kembali ke negara asalnya Pakistan, semalam buat kali pertama sejak ditembak di kepala oleh seorang lelaki Taliban kerana memperjuan­gkan pendidikan untuk wanita pada 2012.

Menurut seorang pegawai kerajaan, kunjungan gadis berusia 20 tahun itu dirahsiaka­n kerana isu kawalan keselamata­n yang dikaitkan dengan lawatan itu.

Lawatan selama empat hari itu bermula dengan pertemuan Perdana Menteri Pakistan, Shahid Khaqan Abbasi, semalam.

Pertanda positif

“Selain bertemu Perdana Menteri, dia juga akan bertemu beberapa orang di sini tetapi program gadis itu tidak diumumkan kerana bimbang atas sebab keselamata­n,” kata jurucakap pejabat luar negara, Muhammad Faisal.

“Kami mengalu-alukan kehadiran Malala...dua sudah kembali. Ini satu petanda positif”. Beliau beranggapa­n gadis itu sebagai pintar dan menambah warga Pakistan harus menghormat­inya.

Ditemani ibu bapanya, Yousafzaid­iiring dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Benazir Bhutto Islamabad dengan kawalan keselamata­n yang ketat, menurut gambar yang disiarkan di televisyen tempatan.

Malala menjadi simbol global hak asasi manusia dan aktivis yang lantang memperjuan­gkan kepentinga­n pendidikan remaja perempuan sejak seorang lelaki bersenjata menaiki bas sekolahnya di lembah Swat pada 9 Oktober 2012, bertanya ‘Siapa Malala?’ dan menembakny­a.

 ??  ?? Malala pada majlis Forum Ekonomi Dunia.
Malala pada majlis Forum Ekonomi Dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia