Berita Harian

Chelsea atur langkah benam Spurs

Hanya kemenangan cerah peluang ke Kelayakan Liga Juara-juara

-

Chelsea wajib menewaskan pesaing London, Tottenham Hotspur pada aksi liga Ahad ini bagi memastikan peluang realistik ke Kelayakan Liga JuaraJuara tidak terlepas.

Spurs yang berada di tangga keempat kini lima mata di depan Chelsea dengan tujuh lagi baki perlawanan.

Kemenangan ke atas Chelsea mengukuhka­n lagi cengkaman anak buah Mauricio Pochettino merebut slot terakhir ke liga elit Eropah itu.

Bagaimanap­un, rekod buruk Spurs di Stamford Bridge sejak kebelakang­an ini wajar dimanfaatk­an skuad Antonio Conte.

Spurs tidak pernah menang dalam aksi liga di Stamford Bridge sejak 1990 yang ketika itu dibarisi bekas pemain England, Paul Gascoigne dan Gary Lineker.

Penyokong Spurs juga tidak dapat melupakan episod duka pada 2016 di Stamford Bridge apabila seri 2-2 dengan Chelsea walaupun mendahului 2-0 sekali gus juara Liga Perdana menjadi milik Leicester City.

Hazard sandaran utama

Eden Hazard yang menjaringk­an gol penyamaan ketika itu sekali lagi bakal menjadi duri berbisa kepada pertahanan Spurs sementara pemain Brazil, Willian berada di kemuncak prestasi ketika ini.

Skuad Pochettino sekali lagi beraksi tanpa penjaring terbanyak mereka, Harry Kane di bahagian serangan kerana masih lagi dalam proses pemulihan akibat kecederaan buku lali sejak 11 Mac lalu.

Pemain sayap Korea Selatan, Son Heung-min dijangka mampu menggalas tugas Kane selepas menjaringk­an tujuh gol dalam lima penampilan terakhir bersama Spurs.

Sementara itu, pendahulu liga, Manchester City tahu kemenangan ke atas Everton di Goodison Park, Sabtu ini membolehka­n mereka hanya selangkah menjulang trofi liga sebelum menerima kunjungan Manchester United di tempat sendiri minggu depan.

Skuad Pep Guardiola kini 16 mata di depan United tetapi pengurus dari Sepanyol itu tetap enggan mengambil mudah cabaran Everton.

Citizens gagal menewaskan mereka dalam tiga percubaan sejak mengambil alih tugas di Etihad.

Kunjungan terakhir ke Goodison menyaksika­n City tewas 0-4 dan kemungkina­n keputusan sama tidak berulang.

 ??  ?? Hazard jadi sandaran utama Chelsea apabila pasukan itu menentang Tottenham Hotspur pada aksi liga Ahad ini.
Hazard jadi sandaran utama Chelsea apabila pasukan itu menentang Tottenham Hotspur pada aksi liga Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia