Berita Harian

Liverpool untung dapat Salah

AS Roma jual pada harga murah

-

Pengarah sukan AS Roma, Monchi merumuskan penyerang Mesir, Mohamed Salah dijual murah kepada Liverpool dengan harga 40 juta euro (RM189.92 juta) sebelum ‘kesan Neymar’ mengubah pasaran.

“Untuk memahami jualan ini anda perlu faham dua perkara. Pertama ia dibuat sebelum kesan Neymar yang mengubah pasaran perpindaha­n,” kata Monchi.

Perpindaha­n pemain Brazil, Neymar dengan rekod dunia 222 juta euro (1.054 bilion) dari Barcelona ke Paris Saint-germain Ogos lalu memulakan rantaian pergerakan.

Penyerang Perancis, Ousmane Dembele ke Barcelona dari Borussia Dortmund dengan harga 145 juta euro (RM688.46 juta) manakala pemain Brazil, Philippe Coutinho ke Barcelona dari Liverpool dengan nilai 160 juta euro (RM759.68 juta) pada Januari.

“Kami juga perlu menjualnya (Salah) sebelum 30 Jun (kerana sekatan Financial Fair Play),” kata Monchi.

Gagal di Chelsea

“Mereka yang tahu sedikit mengenai perniagaan sedar ia seperti sesuatu yang buruk akan berlaku.”

“Jadi apabila kita ambil dua elemen ini, jadi kami rasa sudah membuat jualan yang betul.

“Kini kami melalui musim yang hebat dengan kesan Neymar, Coutinho, Dembele, nilainya tanpa keraguan lebih mahal,” kata bekas pengarah sukan Sevilla itu.

Salah, 25, kini penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 28 gol dalam 30 perlawanan. Secara keseluruha­n dia menjaringk­an 36 gol dalam semua kejohanan pada penampilan pertama di Liverpool.

“Dia sangat kuat,” kata Monchi.

 ??  ?? Monchi
Monchi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia