Berita Harian

Gari, Eain Yow terbayang liku sebenar di Gold Coast

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Lumpur: Dua pemain skuasy negara, S Sivasangar­i dan Ng Eain Yow masingmasi­ng meletakkan penanda aras buat diri sendiri tatkala Sukan Komanwel Gold Coast hanya berbaki enam hari saja lagi.

Sivasangar­i dan Eain Yow akan beraksi dalam acara perseorang­an wanita dan lelaki serta beregu bersama pasangan masing-masing Rachel Arnold dan Syafiq Kamal.

Dia berkata, pengalaman beraksi pada kejohanan di Amerika Syarikat baru-baru ini menjadi pendedahan berguna buatnya sebelum beraksi di Gold Coast.

“Saya rasa Sukan Komanwel agak sukar buat saya dalam acara perseorang­an kerana ramai pemain terkemuka dan berpengala­man tampil beraksi berbanding saya.

“Tapi apa pun boleh berlaku kerana saya giat menjalani latihan. Saya menyertai kejohanan di AS Februari lalu dan ia menjadi pendedahan serta pengalaman buat saya,” katanya.

Nicol sandaran emas

Mengulas lanjut, Sivasangar­i menjelaska­n dalam acara perseorang­an dia hanya berharap mampu melakukan yang terbaik kerana ia aksi sulungnya pada Sukan Komanwel.

Bagi acara beregu wanita pula, pemain yang akan berganding­an dengan Rachel menegaskan apa-apa saja boleh terjadi ketika temasya berlangsun­g, sekali gus percaya mereka mampu meraih pingat.

Sementara itu, bagi pemain lelaki negara, Eain Yow yakin mampu mara ke suku akhir di Gold Coast.

“Saya rasa ada peluang baik untuk layak ke suku akhir. Jika mampu mara ke peringkat lapan terbaik, saya akan bertemu dengan pemain Scotland yang lebih tinggi rankingnya daripada saya tapi saya rasa ada peluang.”

Di Glasgow empat tahun lalu, Malaysia meraih pingat emas perseorang­an wanita menerusi Nicol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia