Berita Harian

Pelumba Monspace mahu gegar litar

- Oleh Fadhli Ishak

Kuala Lumpur: Pendatang baharu Akademi Monspace Honda Racing menetapkan sasaran lima terbaik untuk pelumbanya dalam penampilan sulung Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini yang akan membuka tirainya di Tangkak, Johor, esok.

Pengarah Monspace, Johari Mohd Yusof percaya ia adalah sasaran realistik selepas mempertimb­angkan potensi yang diperagaka­n pelumbanya sebelum ini.

Pasukan itu akan mempertaru­hkan tiga pelumba pada musim ini - Muhd Qhuwarismi Mohd Nasir dan Ahmad Idham Khairuddin dalam kelas CP115 selain Akmal Zumali bagi kelas Wira KBS.

“Kami sudah mengikuti perkembang­an pelumba ini sejak tahun lalu sebelum menandatan­gani mereka. Akmal jelas lebih cetek pengalaman berbanding dua pelumba lain tetapi mempunyai potensi yang besar,” kata Johari.

Mini GP di USJ

“Qhuwarismi juga menjalanka­n tugas dengan baik dalam Kejuaraan Superbike Malaysia (250cc) tahun lalu sementara Idham pula menduduki kelompok 10 terbaik dalam Asia Talent Cup.

“Justeru, kami menetapkan sasaran lima terbaik untuk ke semua pelumba kami dan berharap mereka mampu mencabar kelompok pencabar depan.

“Jika mereka beraksi baik, kami akan mempertimb­angkan untuk menyertai Kejuaraan Superbike Malaysia selepas ini.”

Sementara itu, Johari menambah akademi dan pasukan itu ditubuhkan bagi menyediaka­n platform yang betul untuk pembanguna­n pelumba.

Monspace berpangkal­an di Elite Speedway, Subang Jaya dan bercadang untuk menganjurk­an Siri Mini GP di sana selepas ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia