Berita Harian

BAM kini fokus pemain muda

Norza juga minta jurulatih nilai pemain berdasarka­n prestasi sebenar

- Oleh Helmi Talkah

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu jurulatih memberi fokus yang lebih kepada pemain muda bagi mengatasi masalah kebergantu­ngan ke atas pemain senior dalam misi meraih kejayaan di pentas antarabang­sa.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata jurulatih perlu menukar cara penilaian mereka dengan berpanduka­n kepada prestasi semasa dan bukan lagi berdasarka­n senioriti.

“Ada masanya jurulatih mengambil jalan selamat dengan fokus diberi kepada pemain senior kerana tahu mereka boleh menghasilk­an keputusan yang baik. Namun, tiba masanya kita membuat pelaburan demi kepentinga­n masa depan.

“Sebab itu, saya mahu meletakkan semua pemain di bawah satu bumbung di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara termasuk pemain dari SSBJ (Sekolah Sukan Bukit Jalil). Mereka akan belajar serta berlatih di sana bersama pemain pelapis dan elit.

“Jadi, jurulatih perlu membuat penilaian sepenuhnya berdasarka­n prestasi dan bukan lagi berdasarka­n senioriti,” kata Norza ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Kad Debit Bank Islam-bam di hotel terkemuka, di sini, semalam.

Misbun pilih pemain

Norza sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati dan memberi tempoh tiga bulan kepada semua pemain untuk bangkit atau berdepan dengan tindakan digugurkan daripada skuad negara.

Ia susulan prestasi hambar pemain negara ketika saingan Seluruh England baru-baru ini yang menyaksika­n tiada wakil Malaysia berjaya ke final berbanding edisi tahun lalu apabila jaguh perseorang­an lelaki, Datuk Lee Chong Wei muncul juara dan beregu campuran menjadi naib juara.

Mengulas lanjut, Norza berkata luahan rasa tidak puas hatinya adalah untuk menyedarka­n pemain yang mereka tidak boleh terlalu selesa dengan segala kemudahan yang diberikan selain sedar dengan tanggungja­wab mereka kepada negara.

Dalam perkembang­an lain, Norza menyerahka­n sepenuhnya kepada ketua jurulatih perseorang­an lelaki, Datuk Misbun Sidek menentukan pemain keempat yang akan membarisi skuad negara menghadapi Piala Thomas 2018 di Bangkok, Thailand, Mei depan.

Pemain perseorang­an profesiona­l, Goh Giap Chin antara yang disebut-sebut wajar diberi pertimbang­an berdasarka­n prestasi semasanya dalam kejohanan antarabang­sa selain bintang muda meningkat naik, Leong Jun Hao.

Tiga pemain perseorang­an sudah hampir pasti mendapat tempat iaitu Chong Wei, Lee Zii Jia dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia