Berita Harian

Pemain MBPJ Tigers kurang keserasian

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Pengendali MBPJ Tigers, Mohd Harfizi Baharom menegaskan beliau masih belum terdesak untuk menekan butang panik walaupun skuad juara bertahan itu menampilka­n persembaha­n tidak konsisten dalam permulaan kempen Liga Hoki Remaja Malaysia musim ini.

Tewas dua perlawanan terakhir selepas seri pada aksi sulung, Harfizi mengakui pasukannya masih bergelut dengan masalah keserasian dan harus diperbaiki secepat mungkin.

“Pemain saya bermain bagus hari ini (semalam) cuma kekurangan keserasian dan kegagalan menyempurn­akan beberapa peluang terhidang menyebabka­n kami tewas.

“Tetapi saya tidak boleh salahkan mereka kerana 12 pemain kali ini muka baharu dan tempoh persiapan yang singkat sejak Februari lalu, tambah menyukarka­n keadaan,” katanya.

Pemain kian serasi

MBPJ mencatat seri 1-1 dengan SSTMI dalam perlawanan pertama liga, sebelum kecundang 1-3 kepada AHP-SSP Thunderbol­ts dan 1-4 di tangan An- SSTMI mln AHP-SSP Thunderbol­ts (Std Hoki SSTMI, 4ptg)

Olak mln MBPJ Tigers

(Std Hoki Pandamaran, 5ptg)

MSNSSN Perlis mln SSMS Resilient (Std Hoki Kangar, 5ptg)

SSTMI Thunderbol­ts mln Anderson Thunderbol­ts

(Std Hoki SSTMI, 6ptg) derson Thunderbol­ts, semalam.

Bagaimanap­un, Harfizi menjelaska­n anak buahnya sudah bersedia untuk bangkit memburu kemenangan pertama apabila turun bertemu Olak dalam aksi keempat liga di Stadium Hoki Pandamaran hari ini.

Selain pertembung­an musuh setempat Lembah Klang itu, fokus lain bagi aksi minggu ketiga ini pastinya akan terarah terhadap pertemuan antara peneraju liga SSTMI Thunderbol­ts dan Anderson Thunderbol­ts.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia